Malunya! Gigi palsu 'terbang' ketika dating naik Slingsot! Nasib baik teman wanita baik hati!

Published by
KitaReporters

TERUJA menaiki permainan ekstrem, Jumping Slinghot membuatkan James Dunham lupa dia sebenarnya memiliki gigi palsu. - Kredit foto: Mirror.co.uk


MELALUI fasa bercinta semestinya mahu semua sempurna, apa sahaja dilalui ketika itu semua manis dan indah sahaja namun segala kelemahan akan cuba disembunyikan.

Kisah sebenar hanya akan muncul apabila tinggal serumah dan bergelar suami isteri, ketika itu akan keluarlah ‘warna’ sebenar diri masing-masing.

Bagi pasangan yang jujur perkara itu bukan masalah dalam perhubungan mereka kerana yang penting dapat bersama dengan orang yang disayangi dan sama-sama berubah menjadi lebih sempurna.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lucu

TERIMA KEKURANGAN... Kekasihnya hanya tergelak selepas mengetahui buah hatinya memiliki kekurangan, namun tidak melihat kekurangan itu sebagai kesalahan dalam hubungan mereka.


Memetik laporan mirror.co.uk, perkara turut berlaku kepada pasangan muda James Dunham, yang tidak menyangka keseronokan bersama kekasihnya berhibur dengan menaiki permainan ekstrem di taman tema di Daytona, Florida, Amerika Syarikat membuka aibnya sendiri kerana selama ini dia tidak pernah berterus terang dengan kekasihnya dengan kekurangan yang dimiliki. 

Apa tidaknya… Ketika teruja menaiki permainan Jumping Slingshot yang melantunkan seseorang setinggi kira-kira 300 meter ke udara, pemuda berusia 30 tahun itu kehilangan gigi palsu miliknya yang terbang dibawa angin. 



Perkara itu tidak pernah diketahui kekasihnya dengan ‘kekurangan’ yang dimiliki dan terpaksa bergaya dengan menggunakan gigi palsu pada usia yang masih muda.

Lebih memalukan, ketika kejadian kekasih berada di sisi yang sedang teruja menikmati permainan ekstrem berkenaan.

Dunham yang panik kerana kejadian itu berlaku di hadapan kekasihnya, cuba mengawal keadaan dan terus berterus-terang kekasihnya.

“Awak tau tak ada sesuatu yang berlaku kepada saya! Gigi palsu saya hilang ketika kita sedang menjerit tadi,” ujar Dunham kepada wanita berkenaan.

Wanita yang berada di sisi terus tergelak besar selepas mengetahui kekurangan lelaki berkenaan yang selama ini tidak pernah diketahuinya.

Malah wanita itu sempat bertanya kenapa tidak membuka gigi berkenaan sebelum menaiki permainan berkenaan.


TERBANG... James Dunham menyedari gigi palsunya tercabut sebelum terbang dibawa angin ketika sedang menikmati permainan ekstrem di taman tema di Daytona, Florida.



Dunham yang masih terkedu terus menjawab dia tidak pernah membuka gigi berkenaan dan kejadian itu tidak pernah berlaku kepada dirinya.

Baiknya hati wanita itu terima kekurangan pasangannya dan tidak terus menghukum.

Jarang tau... nak jumpa wanita yang berhati mulia!

Lagi melucukan kejadian memalukan itu berlaku hanya lima hari sebelum berlangsung majlis perkahwinan abang kepada Dunham dan dia pula menjadi pengapit.

Alamak… Pengapit tak ada gigi!

Namun semuanya berjalan lancar apabila Dunham berjaya mengembalikan manis senyumnya apabila dia berjaya mendapat gigi palsu yang baharu.

Semoga pasangan itu terus bahagia dan tidak menjadikan kekurangan itu sebagai halangan untuk terus bersama dan bahagia! - KitaReporters


3
0
0
1
0

Copy Link: