Usia bukan halangan! Nenek 82 tahun catat rekod dunia! Tamatkan larian 125km dalam tempoh 24 jam!

Published by
KitaReporters


PADA usia 82 tahun, pasti kita membayangkan usia berkenaan seseorang akan berada dalam keadaan lemah dan perlu dibantu orang sekeliling dalam meneruskan kehidupan.

Namun sangkaan tidak tepat sekiranya seseorang yang menjaga kesihatan, usia itu masih ‘bergetah’ dan bertenaga.

Buktinya seorang nenek berusia 82 tahun dari Val d’Oise, Perancis berjaya mencipta rekod dunia selepas  berjaya melakukan larian sejauh 125 kilometer dalam masa 24 jam.



Wow… hebatnya!

Barbara Hubert, yang menyertai Kejohanan Perancis baru-baru ini berjaya mencipta rekod dunia untuk larian jarak jauh untuk kategori warga emas.

Sebelum ini, rekod berkenaan dipegang oleh seorang wanita dari Jerman yang berjaya melakukan larian sejauh 105 kilometer dalam kejohanan sama.

Berkongsi kisah hidupnya wanita cekal itu berkata, dia memulakan aktivit maraton pada usia yang lewat iaitu usianya mencecah usia 43 tahun.

Semua bermula selepas anak-anaknya tamat sekolah peringkat tinggi.



Selepas belajar teknik pernafasan yang betul Barbara memulakan langkah dengan melakukan larian di sekitar kawasan kediaman di Bouffemont.

Larian santai itu kemudian menjadi serius apabila dia menyertai pelbagai pertandingan larian.

Malah sepanjang 39 tahun terlibat dalam larian dia telah menyertai 137 pertandingan dan 54 marathon termasuk di Paris dan New York.

Saya rasa bebas dan puas apabila dalam menyertai larian, bukan itu sahaja aktiviti ini memberikan terapi mujarab kepada saya,” kongsinya.



Bercerita mengenai larian yang disertai, ibu cekal itu berkata, dia langsung tidak merasai penat dan mengantuk sepanjang larian berkenaan.

Namun terpaksa mengambil makanan dan minuman supaya memberi tenaga selain menjadi lebih fokus dalam larian berkenaan.

Bagaimanapun dia berkata, kepenatan itu timbul selepas tiba di garisan penamat.

Katanya lagi, sokongan suami dan ahli kelab lariannya, Saint Brice Athletisme (SBA) mendorong dirinya terus gagah dan bertenaga sehingga membuahkan kejayaan kepadanya.



“Mereka semua seperti ubat yang mujarab kepada terutama suami yang menjadi pendorong utama untuk saya sampai ke garisan penamat,” katanya.

Bagaimanapun wanita warga emas itu berkata, sepanjang larian dia juga mengalami kecederaan termasuk terseliuh, sakit pinggul namun tidak menjadikan perkara berkenaan sebagai penghalang utama dan tetap meneruskan larian sehingga ke garisan,” katanya yang bersemangat menyertai larian dan meningkatkan rekod pencapaian dirinya.

Ternyata kejayaan Barbara dalam menjayakan larian membuktikan usia bukan halangan dalam sesuatu tindakan sebaliknya mental yang kuat adalah penentu segalanya.

Tahniah Barbara, anda seorang yang hebat dan luar biasa! - KitaReporters


 

13
9
0
11
0

Copy Link: