Hulurkan tangan tanda kemesraan di Aidilfitri

Seramai 150 guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa sekolah rendah dan menengah daerah Kota Setar menghadiri Majlis Aidilfitri dan penyerahan watikah pelantikan kepada ahli jawatankuasa Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) daerah Kota Setar 2023/2024.

Majlis penyerahan watikah ini oleh disampaikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembangunan Murid) Kota Setar, Dziauddin Saad kepada 23 guru pada 7 Mei 2023 di Dewan Ibn Rushd, Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah, Alor Setar.


Ahli MGKK yang hadir bergambar kenangan pada majlis ini

Menurut Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK), Mohamad Hapisol Che Pi penyerahan watikah pelantikan ini merupakan program tahunan MGKK namun majlis tahun ini lebih meriah kerana disekalikan dengan sambutan Aidilfitri.

“Saya yakin program seperti ini diharap memberi ruang dan peluang kepada ahli untuk berinteraksi dan berkomunikasi serta bertukar pendapat dalam mencapai kecemerlangan,” ujarnya lagi.


Antara tetamu yang hadir

Moga usaha yang dijalankan ini dapat meningkatkan lagi kompetensi peserta dalam perkhidmatan dalam bimbingan dan kaunseling serta kesediaan dalam mentadbir urus klien di sekolah.

Majlis yang turut dihadiri Dziauddin Saad ini juga mendapat kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Jitra yang sudi menaja majlis sambutan ini. - KitaReporters


Dziauddin Saad (kiri) menyampaikan watikah pelantikan kepada Mahfuzah Mahmud sebagai Timbalan Yang Dipertua MGKK Daerah Kota Setar bagi sesi 2023/2024.


Hadiah cabutan bertuah pada majlis itu

14
11
0
13
0

Copy Link: