Sembang-Sembang| Buat baik berpada-pada! Jangan sampai diperguna! Jangan sampai diambil kesempatan!
Published by
KitaReporters
--title--
Jangan terlalu mengharap. Jangan terlalu percaya. Jangan terlalu berkorban. Jangan terlalu memberi. Kerana apabila semua gagal, diri sendiri yang kecewa dan merana.
Ingatan untuk diri sendiri juga untuk dikongsi. Yang baik jadikan teladan, yang tidak baik jadikan sempadan.

Kisah benar yang dilalui Sally untuk dikongsi dengan pembaca. Jom kita ikuti cerita Sally.
Sally seorang yang suka menolong orang, Sally pernah membantu seorang kawan dalam kesusahan. Ketika itu kawan ini baru berpisah dengan suami. Bersamanya seorang anak perempuan berusia 5 tahun.
Keluar dari rumah sewa, kawan ini yang bernama Misya tidak ada tempat hendak tinggal. Sally pelawa tinggal bersamanya sementara mendapat rumah lain.
Dari sebulan ke sebulan tidak nampak tanda-tanda nak pindah. Makan minum Sally yang tanggung. Misya macam lepas tanggung, pada hal dia juga bergaji.
Kasihankan dia yang terpaksa mengheret anak dengan berjalan kaki setiap hari, Sally meminjamkan kereta keduanya kepada Misya. "Sayangnya dia buat macam harta sendiri pula," cerita Sally.
Paling sedih apabila Misya keluar rumah tanpa memberitahu Sally. Terkejut Sally bila Misya tinggalkan surat memberitahu dia tak mahu tinggal lagi bersama Sally.
"Yang saya terkejut lagi bila dia bawa sekali kereta yang dipinjamkan itu. Sampai saya terpaksa buat laporan polis," tambah Sally.
Sedihnya Sally Allah yang tahu. Tak sangka Misya ambil kesempatan sampai macam itu sekali. Setelah siasat, rupanya dia telah bernikah lain. Dan lelaki itu khabarnya tidak ada kerja.
Sally tidak mahu ambil tahu tentang Misya lagi. Dia telah maafkan Misya dan mendoakan yang baik baik untuk dia. Pengalaman ini sangat berharga buat Sally.
Semoga ia menjadi pengajaran kepada oramg lain juga supaya tidak terkena seperti Sally.

Iktibar daripada kisah ini:
Beringat dalam apa juga perkara terutama dalam perhubungan. Selalu istiqomah. Tengok dengan siapa kita berkawan. Siapa orang orang di keliling kita. Jangan terlalu percayakan orang.
Berbuat baik ada hadnya. Tak salah buat baik, tetapi perlu ada pro dan kontra. Kenali hati budi orang yang kita berkawan.
Tolong orang tidak salah. Yang salahnya tolong yang keterlaluan sampai menyusahkan diri sendiri.
Dalam apa perkara, dahulukan diri sendiri, sebelum fikirkan hal orang. Kita tidak tahu apa ada dalam hati dan fikiran orang, tapi orang boleh tahu kita seorang yang mudah kasihan.
Jika kita tidak merasa kesulitan dan kepayahan hari ini, kita tidak akan menikmati kemanisannya pada kemudian hari, kata Sally dengan apa yang berlaku kepadanya.

Hidup juga satu perjuangan. Carilah reda Allah.
Sebaik-baik manusia adalah mereka yang hidup sederhana, berbudi bahasa, bersangka baik dengan orang, ikhlas, tidak riak, tidak sombong, prihatin, hormat orang, penyayang, suka membantu dan buat semua perkara hanya kerana Allah. - KitaReporters

10
18
0
12
0
