KETERLIBATAN dalam kerja kemasyarakatan selama ini dilakukan ikhlas tanpa mengharapkan balasan, berikutan melihat sendiri penderitaan dan kesengsaraan anak didik sendiri seperti memberi petunjuk kepada untuk terus aktif dan serius mendalami dalam kerja-kerja amal .

Namun tidak menyangka kerja keras yang dilakukan ikhlas yang ditaburkan itu menyebabkan dirinya terpilih menyertai anugerah berprestij, Anugerah Ikon Wanita Malaysia 2022 sehingga terpilih ke peringkat finalis.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan wanita hebat


Cik Puan Gojes (CPG) atau nama sebenarnya Ismaniza Fahida Ismail antara 10 finalis yang berjaya melalui saringan sehingga melayakkan diri ke destinasi akhir sebelum bergelar pemenang Anugerah Ikon Wanita Malaysia 2022 yang akan berlangsung 20 Oktober 2022 depan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Bekas guru bahasa Inggeris  yang sanggup melepaskan profesion yang disandang selama 18 tahun itu dan kini aktif sepenuh masa dengan kerja amal dan bernaung di bawah pertubuhan sendiri yang dinamakan Pertubuhan Kebajikan Cik Puan Gojes Malaysia mengakui tanggungjawab yang dipikul bukan kerja mudah bagi melayakkan ke peringkat kini. 

Malah, pemilik produk kecantikan sendiri, CPG Cosmetic melihat persaingan hebat daripada calon-calon lain membuatkan dia perlu mencari kelainan dan keistimewaan tersendiri dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. 



Kongsi wanita cantik berusia 40 tahun itu, sekiranya diberi peluang untuk dinobatkan sebagai Wanita Ikon Malaysia, ia mahu menjadikan platform ini untuk berkongsi dan membantu lebih ramai wanita di Malaysia untuk meningkatkan ekonomi keluarga. 

CPG kini mengakui dia  tidak tidur malam membuat pecutan akhir sebagai finalis dengan mencari undian serta menyiapkan tugasan akhir yang diamanahkan.

Walaupun sering terlibat secara langsung dalam kerja-kerja amal namun tidak mahu mengambil dan menganggap tugasan yang diberikan sebagai kerja yang mudah sebaliknya memberi jaminan untuk melakukan yang terbaik.





Sementara itu, seorang lagi finalis, Dr Nur Shasa Ain Abdul Aziz yang merupakan pakar audiologi dan mewakili Wilayah Persekutuan sedar wanita hari ini berdepan pelbagai masalah.

Malah ibu muda kepada dua cahaya mata ini berhasrat untuk mengetengahkan kesedaran mental dalam kalangan masyarakat terutama di bandar dalam menghasilkan tugasan yang diberikan.



Bagi pensyarah muda, Mazvin Jahabardeen pula, dia menganggap pemilihannya sebagai finalis adalah hasil penglibatan dirinya dalam kerja-kerja sosial dengan masyarakat setempat di sekitar Melaka.

Katanya, walaupun tugasan hakiki sebagai pensyarah di Kolej Cosmopoint Melaka namun tidak menghalang dirinya melibatkan diri dengan kerja-kerja NGO, malah memulakan kerja murni bersama anak-anak didiknya di kolej membuatkan dirinya puas dapat berbakti dengan masyarakat.

Ikon Negeri Melaka ini mengakui pada awalnya, agak terkejut selepas dirinya terpilih sebagai finalis namun tidak akan putus asa sekiranya tidak terpilih sebagai juara sebaliknya akan terus berbakti kepada masyarakat.



Dalam pada itu, seorang lagi calon finalis, Datin Rita Sosilawati mengakui  tidak menyangka dirinya terpilih sebagai seorang daripada finalis memandangkan calon-calon lain merupakan individu hebat dan berjaya. 

Malah anak sulung kepada pengasas kosmetik terkenal negara, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya ini menyangka dirnya menjadi mangsa penggodam berikutan tidak percaya dirinya terpilih dalam anugerah berkenaan.

Bagaimanapun wanita anggun ini mengakui, dia tidak mahu melepaskan peluang dan akan bekerja keras dalam tugasan.

Malah mengakui dia kini perlu bekerja keras menyebabkan dia tidak berselera makan untuk mencari kreativiti dalam menyiapkan tugasan akhir yang diberikan.

Memilih untuk melakukan kerja-kerja kebajikan dengan cara mendekati masyarakat bawahan dalam menyiapkan tugasan bukan tugas yang senang walaupun sudah sebati dalam dirinya.



Bagaimanapun usahawan kosmetik ini yang mendapat sokongan sepenuhnya daripada suami tercinta Datuk Khamarulazlan Mohammad Hanafiah memberi jaminan untuk melakukan terhebat.

Malah, menganggap pemilihan dirinya dalam anugerah berprestij ini sebagai peluang terbesar yang sukar diganti dengan wang ringgit selain dapat mendekati individu yang memerlukan.

Menjadikan arwah ibunya sebagai idola membuatkan anak sulung daripada lima beradik ini mengakui kerja-kerja amal sudah diterapkan dalam dirinya sejak kecil berikutan melihat ibunya yang juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan berkenaan.

Tahniah semua semoga kalian berjaya, walaupun hanya seorang sahaja yang akan dipilih sebagai Anugerah Ikon Wanita Malaysia 2022 namun kerja-kerja murni yang dalam sukarelawan perlu diteruskan demi mengukhwahkan sebuah Keluarga Malaysia yang bahagia dan sentosa! - KitaReporters


14
7
0
13
0

Copy Link: