SEBUT sahaja Usain Bolt siapa tak kenal atlet olahraga kebanggaan dunia sehingga melayakkan dirinya sebagai pemenang lapan kali pingat emas Olimpik. Kini, ‘manusia terpantas di dunia’ itu berdepan saat duka dalam hidupnya apabila terpaksa menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif COVID-19. : Kitareporters


Lagi cerita-cerita berkaitan pelitup muka:

https://kitareporters.com/search?search=pelitup+muka


Kejadian itu dipercayai berlaku ketika menghadiri majlis sambutan hari lahirnya ke-34 yang turut dihadiri pemain bola sepak England Raheem Sterling dan beberapa bintang sukan.

Kementerian Kesihatan Jamaica yang dipetik akhbar Guardian berkata, jangkitan itu berpunca daripada hadirian yang terdiri daripada kalangan bintang sukan yang tidak memakai pelitup muka ketika menghadiri majlis berkenan.

Alamak!!! Kan dah kena…

Sapa suruh tak pakai ? Satu dunia kini mewajibkan pemakaian pelitup muka.

Sementara itu menerusi Twitternya, Bolt memberitahu dia kini menjalani kuarantin sendiri di rumahnya.

"Demi keselamatan, saya menjalani kuarantin  dan berehat. Saya cuba bertanggungjawab jadi saya akan duduk di sini demi kawan-kawan,” katanya yang diiringi kapsyen ‘Stay Safe my people’.


Bolt merupakan individu memegang rekod dengan catatan masa 9.58 saat pada jarak 100 meter dan 200 meter dalam masa 19.19 saat sebelum membuat keputusan bersara pada 2017.

Terdahulu, beliau memberitahu tidak mengalami sebarang simptom wabak, termasuk masalah pernafasan tetapi terus menjalani kuarantin sendiri.


“Sehingga saat itu, saya menasihatkan kepada semua yang berhubungan dengan saya untuk melakukan kuarantin sendiri dan pastikan keselamatan diri sendiri, juga terus bertenang,” katanya.

Sebelum ini tersebar video dari media sosial menunjukkan Bolt berparti dan menari dengan orang ramai, kebanyakan mereka tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal. 

Kes harian di Jamaica meningkat kepada lebih 60 kes sehari sejak empat hari lalu, berbanding kurang 10 kes beberapa minggu sebelumnya. Setakat ini, Jamaica merekodkan 1,612 kes positif COVID-19.

Semoga tiada yang serius dan cepat sembuh Bolt!  Lepas ni jangan lupa pakai pelitup muka!! : KitaReporters

4
0
0
0
0

Copy Link: