Semangat sekampung! Mula dodol dan pelita raya! Kini lemang dan rendang! Tradisi dan gotong royong!
Published byDalam dunia yang semakin laju bergerak ke arah kemodenan, ada segelintir komuniti yang masih memilih untuk berhenti seketika menoleh ke belakang dan menghidupkan semula apa yang hampir dilupakan.
Proses membancuh tepung pulut dengan santan mengikut sukatan yang betul salah satu proses penting ketika membuat dodol.
Di Perumahan Awam Labis, Johor, usaha itu bukan sekadar nostalgia, tetapi satu gerakan kecil yang penuh makna. Kejayaan penganjuran Program Dodol Sekampung serta pemasangan panjut raya ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu nyata meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk setempat.
Dua orang ahli persatuan memasak gulai kelapa sebelum dicampurkan ke dalam bancuhan tepung pulut dan santan ketika program Dodol dan Pelita Raya Sekampung pada Hari Raya Aidilfitri lalu.
Berbekalkan semangat yang masih hangat, Persatuan Penduduk Perumahan Awam Labis kini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan merancang penganjuran Program Lemang dan Rendang Aidiladha, yang dijadualkan berlangsung sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.
Bergotong-royong mengopek tempurung kelapa sebelum dimesin untuk mendapatkan santan menghidupkan semangat kerjasama dalam kalangan ahli persatuan.
Mengimbas kembali program terdahulu, beliau berkata, pemilihan dodol sebagai fokus utama ketika Aidilfitri bukan dibuat secara kebetulan.
Sebaliknya, lahir daripada kesedaran bahawa tidak ramai dalam kalangan generasi muda hari ini yang benar-benar mengetahui cara menyediakan kuih tradisional tersebut.
Semua kerja untuk membuat dodol dilakukan secara bersama termasuk menghiris lebih 40 kilogram gula kelapa.
Kini, semangat yang sama mahu dibawa ke sambutan Aidiladha dengan pemilihan lemang dan rendang sebagai menu utama, dua hidangan yang cukup sinonim dengan perayaan tersebut.
Menurut Rezalludin, program kali ini akan dilaksanakan secara gotong-royong, mengekalkan konsep kebersamaan yang menjadi tunjang kepada setiap aktiviti persatuan.
Semangat kerjasama jelas ditonjolkan oleh ahli persatuan ketika kerja-kerja mencari buluh untuk dijadikan lanjut/pelita raya ketika hari raya Aidilfitri lalu.
Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa nilai yang ingin disemai melalui program ini jauh lebih besar daripada sekadar penyediaan makanan.
Sebaliknya turut melibatkan pembinaan hubungan, pengukuhan silaturahim dan pembentukan semangat kerjasama yang tulen dalam kalangan komuniti.
Namun, di sebalik semangat yang berkobar, realitinya tidak semua perkara berjalan mudah. Rezalludin mengakui bahawa cabaran utama dalam menjayakan program tersebut ialah kekurangan tenaga mahir, khususnya dalam penyediaan lemang yang memerlukan kemahiran tertentu.
D
Dua ahli persatuan memasang pelita/panjut ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri lalu.
Bagaimanapun, terdapat sedikit perubahan dalam pendekatan kali ini. Jika sebelum ini dodol diagihkan secara percuma kepada setiap rumah penduduk, program lemang dan rendang pula hanya melibatkan pengagihan kepada ahli persatuan sahaja.
"Keputusan tersebut dibuat berdasarkan kemampuan semasa, khususnya dari segi tenaga dan sumber. Jika kita buat untuk semua, jumlahnya terlalu besar. Untuk lemang sahaja, kita tidak mampu menyediakan sehingga 800 batang,” jelasnya.
Buluh dipilih untuk dijadikan pelita/panjut raya kerana ianya mempunyai nilai tradisi berbanding pelita moden.
Namun begitu, segala kekangan tersebut tidak sedikit pun mematahkan semangat mereka. Sebaliknya, ia dilihat sebagai sebahagian daripada cabaran yang perlu ditempuh dalam usaha mengekalkan warisan yang semakin pudar.
