Seorang lelaki bernama Wang Junming dari wilayah Hunan, China sudah berusia 25 tahun tetapi cuma mempunyai ketinggian 66 sentimeter (cm) atau hampir 26 inci menyebabkan dia kelihatan seperti kanak-kanak kecil.

Junming juga mempunyai tahap kecerdasan (IQ) seperti kanak-kanak. Dia dimanjakan oleh keluarga yang memanggilnya sebagai 'bayi'. 

Wang Xiaoling memberi perhatian penuh kasih sayang terhadap abangnya 'si kenit' Wang Junming.



Namun panggilan yang lebih sesuai diberi adalah ‘bayi tua’. Ini kerana terdapat kedutan dan lingkaran bawah mata pada wajahnya. Suaranya juga seperti lelaki yang sudah berusia 20-an.

Kisah  Junming mula tular setelah adiknya Wang Xiaoling, 21, mendedah dalam media sosial cara mereka sekeluarga menjaga ‘bayi tua’ ini. 


Junming bersama adiknya, Xiaoling ketika mereka masih kecil. - Kredit foto: Handout


Setelah tular, Junming ditaja sejumlah netizen dan dibawa ke sebuah hospital untuk mendapat rawatan.

Dan Junming pada Februari 2026 didiagnosis menghidap kekurangan hormon pituitari. Kelenjar pituitari tidak menghasilkan hormon yang mencukupi untuk mengawal metabolisme dan pertumbuhan. 


Xiaoling sedia menjaga kesihatan abangnya. - Kredit foto: Handout 

Kebanyakan pesakit yang mengalami masalah kesihatan ini biasanya didiagnosis ketika berusia antara enam bulan hingga tiga tahun. Ia bagi membolehkan menerima rawatan yang sesuai untuk membesar sebagai orang dewasa.

Sayangnya, Junming tidak mendapat rawatan yang sesuai sejak awal kelahirannya. Dia pernah dibawa ibu bapanya ke sebuah hospital dan diberikan sejumlah ubat.

Namun kerana tidak mampu, rawatan terpaksa dihenti. Bapanya hanya bekerja sebagai tukang ikat bata dengan pendapatan bulanan cuma 3,000 yuan (kira-kira RM1.800).  

Sakit yang dialami  Junming dianggap langka atau jarang berlaku. Difahamkan cuma 114 orang pernah dijangkiti penyakit ini di seluruh dunia. 


Wang  Junming kelihatan seperti kanak-kanak 'tua'. - Kredit foto: Hangout

Sementara itu, Xiaoling rela memikul tanggungjawab menjaga abangnya walaupun ibu bapa mereka mahu gadis ini menjalani kehidupannya sendiri. 

Dia sanggup bekerja di sebuah klinik kecantikan di bandar Changsha selepas menamatkan pengajian dari sekolah kejururawatan bagi memudah menemani abangnya menjalani terapi hormon secara berkala. Dia akan memastikan  Junming  tidur sebelum jam 10 malam. 


Aksi  Junming dirakam dan popular dalam laman sosial. - Kredit foto:  Handout

Para netizen prihatin untuk mengetahui perkembangan Junming. Adakah keadaannya lebih baik atau tidak setelah menerima rawatan berkala. Semakin panjang usianya, namun tiada perubahan terhadap fizikalnya akan menjadikan  Junming sebagai seorang insan popular. 

Malah ada yang mencadangkan  Junming diberi peluang berlakon drama, siri TV atau filem mengenai orang kenit. - KitaReporters

15
8
0
14
0

Copy Link: