Lebih 800 selaman! Lebih 15 tahun! Suami tetap cari isteri di dasar laut! Akibat tsunami 2011!
Published bySUDAH 13 tahun Yasuo Takamatsu, 67, mencari isterinya di dasar laut. Sudah lebih 800 kali dia menyelam sejak 2013. Namun usaha pencariannya yang kini sudah berlanjutan selama lebih 15 tahun itu belum berhasil.
Sekali pun harapan untuk menemui jasad isterinya, Yuko, tersangat tipis, namun Yasuo tidak putus asas.

Saat bahagia Yasuo Takamatsu bersama isteri, Yuko, yang lenyap dibadai gelombang tsunami di Onagawa, Jepun, pada 11 Mac 2011.
Itulah lambang cinta yang tidak pernah terhakis daripada jiwanya. Kasih sayang kekal abadi walaupun harapan kelam. Dia sedar tidak mungkin dapat menemui sekujur jasad isterinya dalam bentuk asal setelah hilang begitu lama dimamah laut.
Namun dia berharap sekurang-kurangnya menemui mana-mana bahagian jasad seperti tulang, atau apa-apa barangan milik isterinya yang ada bersamanya ketika dia tenggelam ditelan air lantaran bahana tsunami.
Segalanya berlaku pada 11 Mac 2011 di Miyagi Prefecture, bandar kecil pesisiran pantai Onagawa, Jepun.
Pada pagi diselubungi salji itu, Yasuo memandu menghantar isterinya yang bekerja di cawangan Bank 77. Sedikit pun Yasuo tidak menduga itulah kali terakhir dia melihat isterinya.
Selepas itu
dia membawa emak mentuanya ke hospital di Ishinomaki, sebuah pekan berhampiran.
Dia baharu sahaja hendak meninggalkan hospital apabila bumi mula bergegar. Rupanya
gegaran itu ialah permulaan gempa bumi yang kuat, 9.0 pada skala Richter.
Gegaran berlaku selama enam minit, satu tempoh yang menyaksikan bumi bergoncang dahsyat. Hari biasa yang indah dengan putih salji bertukar jadi hari malapetaka.

Yasuo bersedia untuk menyelam bagi meneruskan misi mencari isteri di dasar lautan. Dia melakukan sejak 2013 dan telah menyelam lebih 800 kali.
Dalam perjalanan balik ke Onagawa, Yasuo mendengar laporan mengenai tsunami melalui radio. Dalam keadaan cemas dia cuba menghubungi ahli keluarga. Anak lelakinya yang belajar di Universiti Sendai menjawab dan memaklumkan dia selamat.
Tetapi panggilan kepada isteri dan anak perempuannya yang bersekolah di Ishinomaki, tidak berjawab. Perasaan gelisah melanda diri, sehinggalah dia menerima mesej daripada isterinya pada pukul 3.21 petang memberitahu dia selamat.
Yasuo lega. Isterinya
bertanya keadaan dirinya sambil memberitahu Yasuo dia hendak pulang.
Itulah mesej penuh kasih sayang dan kata-kata terakhir daripada Yuko, ketika
itu berumur 47 tahun, kepada suaminya, sebelum Yuko ditelan tsunami.
Tsunami yang melanda Onagawa meranapkan harta benda, meragut ribuan nyawa, termasuk Yuko, yang ketika itu berada di pejabat. Remuk hati Yasuo menerima hakikat isterinya antara yang dibadai tsunami, dihanyut arus deras tanpa dapat dikesan.

Yasuo tidak putus ada dan tekad terus menyelam mencari isterinya walau pun harapan tipis untuk menjumpainya.
Telefon bimbit jenis lipat milik Yuko ditemuakan di kawasan parkir bank sebulan selepas kejadian, lalu diserah kepada Yasuo. Dia mendapati ada satu mesej pada telefon tersebut yang belum sempat dihantar, ditulis pada pukul 3.25 petang.
Dari situ
Yasuo tahu isterinya masih hidup sehingga pukul 3.25 petang. Dia difahamkan Yuko
dan kakitangan bank telah diarah oleh pengurus bank naik ke atas bumbung bangunan. Ini setelah pengurus bank menerima amaran
tsunami dengan anggaran ketinggian gelombang 20 kaki (6.1 meter).
Kerana itu dia
mengarahkan kakitangan naik ke atas bumbung bank setinggi 32 kaki (9.8 meter) atas
perkiraan gelombang tidak sampai ke bumbung dan kakitangan akan selamat.
Namun apa yang berlaku di luar jangkaan. Gelombang tsunami mencecah antara 49 kaki (15 meter) hingga 57 kaki (17.3meter), jauh melepasi jangkaan 6.1 meter. Gelombang ganas dan deras menghanyutkan 13 orang yang berada di atas bumbung bank, termasuk Yuko.
Jika tahu air setinggi itu, pasti pengurus akan mengarah kakitangan berlari ke Bukit Horikiri berhampiran yang lebih tinggi untuk menyelamat diri.

Miyagi Prefecture di Oginawa, yang dilanda tsunami mengorbankan 1,213 orang mangsa, termasuk Yuko.

Kawasan di kanan bertanda biru adalah Onagawa, tempat kediaman Yasuo dan isteri, Yuko. Ishinomaki tempat Yasuo menghantar ibu mentuanya ke hosiptal dan tempat anaknya belajar.

Yasuo meletak jambangan bunga di Tugu Peringatan mangsa tsunami di Oginawa.
Yuko adalah antara 2,523 mangsa tsunami di Oginawa yang gagal dikesan. Miyagi Prefecture merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 1,213 orang. Tugu peringatan dibina di Oginawa sebagai memperingati mereka yang terkorban.
Kehilangan
Yuko satu tamparan berat untuk Yasuo. Mereka bertemu dan berkahwin pada 1988. Ketika
itu Yuko bekerja di cawangan Bank 77 Oginawa, manakala Yoshua anggota tentera. Setelah bersara daripada tentera dia berkerja
sebagai pemandu bas, jawatan yang disandang ketika kejadian.
Mesej terakhir isterinya terpahat di hati Yasuo. Dia berazam untuk mencarinya dengan segala kekuatan yang ada pada diri.
Dia kemudian belajar menyelam skuba (scuba diving) dengan matlamat mencari Yuko dalam lautan yang luas, keruh dan kelam, pada titik tempat di mana dia percaya isterinya bersemadi.
Sudah lebih 800 kali dia menyelam mencari tetapi hampa. Setiap kali menyelam penuh cabaran dan kepayahan.
Tetapi dia tidak peduli demi kasih pada isteri. Bukan sahaja cabaran menyelam lautan dalam tetapi juga cabaran emosi kehilangan isteri yang terus mengganggu sanubari.

Pemandangan di Miyagi Prefectura, Oganawa, yang dilanda badai tsunami pada Mac 2011.
Lautan yang luas itu menyimpan rahsia dan kesedihan. Yasuo cuba mencari Yuko atau barang miliknya. Juga mana-mana mangsa lain yang mungkin boleh dijumpai. Dia menemui barang seperti album gambar milik orang lain. Tetapi tiada apa milik Yuko dapat dikesan.
Namun Yasuo tidak putus asa. Dibebani kesedihan, dia akan terus menyelam demi isteri tercinta. Dia berharap menemui cebisan jasad Yuko, atau barang miliknya, untuk dibawa pulang.
Tapi dia juga sedar peluang sangat tipis. Mungkin satu hari nanti penantiannya akan berakhir. – KitaReporters
