Apabila digesa supaya tindakan segera diambil terhadap masalah lambakan pelarian @ pendatang etnik Rohingya dari Myanmar di dalam negara, kita pula ditanya oleh pihak kerajaan: “Nak hantar ke mana?”  


Kredit gambar: Malaysia Kini


Pelbagai saranan telah pun dikemukakan sama ada melalui tulisan mahupun audio visual dalam media sosial. Menteri-menteri @ pemimpin kalau cakna, telitilah dan kaji.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, kerajaan sudah melakukan pelbagai usaha dan rundingan namun belum mendapat jalan penyelesaian. 

Netizen daripada pelbagai lapisan masyarakat daripada rakyat biasa, aktivitis, pempengaruh, peguam, kepada ketua-ketua pertubuhan sudah banyak memberi ulasan dan cadangan.  

Seorang pemegang akaun Facebook (FB), Dadid Ayob menulis jalan penyelesaian, Malaysia tak tandatangani perjanjian pelarian, jadi UNHCR tak valid (tak sah atau tak laku) di negara ini. 

Saranan saya, kerajaan buat satu surat kepada UNHCR mengingatkan kepada mereka, Malaysia tidak pernah menandatangi perjanjian untuk pelarian, tapi atas dasar perikemanusian telah ambil langkah terima warga Ronghiya dan sudah beri layanan terbaik walaupun bukan tanggungjawab negara. 

Tegaskan, sudah sampai masanya UNHCR ambil tanggungjawab, Malaysia ingin serahkan pelarian pada pihak sepatutnya. Kos pemindahahan ditanggung oleh UNHCR. 

Minta semua Rohingya serah diri ikut arahan untuk penghantaran, selepas setahun jika ada lagi daripada kalangan mereka, tangkap dan beri hukuman seperti pelarian lain.


Pakar mengenai isu dan masalah pelarian Rohingya, Prof Dr Salawati mendedahkan pengalamannya.


Prof Dr Salawati Mat Basir yang sudah lama terbabit dengan kajian mengenai masalah pelarian Rohingya, melalui melalui satu Podcast, menerangkan panjang lebar mengenai rentetan punca dan kesan masalah daripada lambakan etnik berkenaan di Malaysia. 

Menurutnya, ada pihak yang memain peranan menghalalkan puak pelarian itu ke negara ini. Teliti apa yang beliau perkatakan dalam video ini.  

Antara lain, beliau menjelaskan ada sindiket peringkat tertinggi melibatkan etnik Rohingya dan orang Malaysia yang menjadi dalang dalam penghantaran, penyeludupan dan penempatan pelarian Rohingya di Malaysia.

Agak memeranjatkan, katanya lagi, ada dalam kalangan pelarian tersebut menjadi ahli-ahli parti politik dan dalam kawasan penempatan mereka ada diwujudkan cawangan atau cabang parti berkenaan.



Peguam, Hafidzah Hassan pada 9 jun 2026, pula memuat naik status dalam FB-nya. Antara lain, tulisnya: “Saya kongsikan sedikit pengalaman dan informasi yang saya perolehi.

"Saya telah mewakili beberapa orang anggota polis atau penjawat awam atau orang awam yang menumpaskan aktiviti penyeludupan Rohingya ke negara ini (melalui sempadan laut di Utara Malaysia). Cuba teka apa jadi? 

"Operasi besar-besaran mereka telah disabotaj, bla bla bla.” Panjang lebar tulisannya. Nak tahu lanjut bagaimana sabotaj yang dimaksudkan, google tulisan beliau dalam FB. 

Ulas peguam itu lagi, bagaimana pihak yang bertanggungjawab membanteras penyeludupan dengan berdedikasi, mereka pula yang mendapat pertuduhan?

Beliau menyenaraikan rentetan modus operandi penyeludupan yang dimaklumkan kepadanya, sangat mengejutkan dan cuak. Meneliti laporannya, ternyata sangat rumit kes berkait golongan pelarian ini.

Memetik tulisan seorang lagi pemegang akaun FB, Insyirah Soleha daripada pengalamannya pada tahun 2017. Katanya, "Kami pernah ada pengalaman menyantuni komuniti Rohingya, sebenarnya ada pihak yang membantu supaya dijalankan pembelajaran tidak rasmi dengan membuka madrasah supaya kanak-kanak belajar asas agama, solat, mengaji dan fardhu ain.

"Tapi, bila sudah selesai (pembinaan masjid/surau) dengan bantuan masyarakat setempat, lelaki dewasa Rohingya berhenti kerja (cari jual barangan terpakai). Apabila diberi bantuan barangan makanan dan keperluan asas, mereka berhenti berusaha. 

"Apa yang dibuat? Tidur! Kemudian guna nama madrasah, surau, masjid sekitar untuk memohon derma. Sedangkan sepatutnya mereka hidupkan kegiatan madrasah supaya kanak-kanak tidak merayau tak ketahuan. Mengetahui mereka mengambil kesempatan begitu, usaha sama bantuan tidak diteruskan, kegiatan madrasah pun terhenti. 

"Si lelaki pula bersenang-senang, kahwin poligami, isteri-isteri duduk satu rumah. Selepas beranak, suami tawarkan anak kepada orang lain. Sebabnya sudah terlalu ramai anak daripada isteri-isteri berkenaan, satu lelaki punyai lebih 10 anak tu biasa. 

"Komuniti mereka pun terus membiak dan apabila sudah terlalu ramai, akhirnya mengganggu ketenteraman masyarakat setempat. Ternyata rumit, dibiarkan akan jadi barah yang agresif!  Pergaulan anak dalam komuniti pula  kasar, kurang adab lama kelamaan anak-anak lain dalam masyarakat takut mahu berkawan." 


Ada yang berniaga sesama mereka untuk menampung kehidupan. 


Kebanyakan yang bersuara adalah yang pernah melalui sendiri pengalaman berdepan dengan komuniti Rohingya.

Penulis berkongsi satu posting dengan pernyataan ringkas, "Barah Membarah!", seorang rakan menurunkan komen, mengenai pengalamannya dengan orang Rohingya. 

"Pengalaman saya sendiri, bagi betis nak paha! Tolong sedikit, macam-macam pula diarahnya kita. Tumpangkan mereka naik kereta untuk ke kedai. Kemudian diarahnya kita untuk ke sana sini. Udahnya kita pula macam drebar dia, dia jadi boss. 

"Diberitahu terpaksa balik untuk berbuka puasa, tak dipedulinya. Maka berbukalah saya dengan air mineral yang ada dalam kereta ketika dalam perjalanan menghantar mereka balik ke bangsal di pinggir hutan. Tutup pintu kereta pula macam tutup pintu besi penjara... Pang!!!  macam nak tercabut. 

"Sekarang, malas nak ambil tahu soal mereka, perangai seperti Belanda dapat tanah, " kata rakan penulis, Noraini Tahir.

Satu komen dalam FB, mengibaratkan masalah lambakan pelarian Rohingya di negara ini seperti ikan bandar raya. (Mula-mula ikan asing yang ganas itu dibuang sedikit ke sungai daripada akuarium kerana dah besar, di dalam sungai ia membiak dengan pantas sehingga mengganggu ekosistem asal di sungai terbabit, menyebabkan semua ikan asal mati dan pupus kerana keganasannya).

"Kau pernah dengar tak masalah ikan bandar raya? Begitulah masalah dia, kesannya anak cucu kita yang bakal hadapi."

Pemegang akaun, "Muhammad's Post", memberi ulasan dari pelbagai perpektif. Beliau menyimpulkan punca dan tanggungjawab di bahu kerajaan dan banyak pihak yang berkait. 

"Mari kita tanya soalan yang lebih jujur. Jika orang boleh masuk secara tidak sah, siapa yang buka pintu? Jika dokumen palsu boleh beredar, siapa yang melindungi pasaran itu? 

"Jika sindiket pemerdagangan manusia boleh beroperasi, siapa yang menjaga laluan itu? Jika penempatan tidak teratur boleh wujud bertahun-tahun, siapa yang membiarkan ia membesar? Jika pelarian hidup dalam ruang kesamaran undang-undang, siapa yang mencipta ruang itu? 

"Mereka tinggal di kawasan padat. Mereka bekerja secara tidak formal. Mereka nampak asing. Mereka bercakap dengan bahasa berbeza. Mereka menjadi wajah kepada masalah.

"Tetapi jentera di belakang masalah ini lebih besar: pegawai rasuah, sindiket, majikan yang mengeksploitasi buruh murah, dasar pelarian yang tidak jelas, kelemahan penguatkuasaan dan keberanian politik yang tidak pernah cukup untuk menyelesaikan isu ini secara menyeluruh.

"Masalah ini tidak boleh diselesaikan dengan kemarahan semata-mata, ujarnya.  

Ia memerlukan polisi. Ia memerlukan integriti. Ia memerlukan penguatkuasaan yang bersih, memerlukan keberanian untuk menghukum penjenayah tanpa menjadikan seluruh komuniti sebagai musuh.

Pada pihak komuniti Rohingya pula, tidak cukup untuk hanya berlindung di sebalik naratif mangsa. Pemimpin komuniti Rohingya perlu memainkan peranan lebih tegas. 

Mereka mesti menolak sindiket, menolak dokumen palsu, bekerjasama dengan pihak berkuasa, mendisiplinkan komuniti sendiri dan menyatakan dengan jelas bahawa jenayah individu tidak akan dipertahankan atas nama kemanusiaan.

Mereka mesti menolak sindiket, menolak dokumen palsu, bekerjasama dengan pihak berkuasa, mendisiplinkan komuniti sendiri dan menyatakan dengan jelas bahawa jenayah individu tidak akan dipertahankan atas nama kemanusiaan.


Menurut pakar, mereka telah menjalankan kajian mendalam mengenai masalah ini sejak 20 tahun lalu, malah cadangan tindakan sudah dikemukakan kepada pihak kerajaan beberapa kali. - Kredit gambar: Viral Sensasi


Katanya lagi, "pengajaran paling besar daripada isu ini ialah: Jangan biarkan insiden benar melahirkan kesimpulan palsu.

"Jangan biarkan kes jenayah menjadi lesen untuk kebencian etnik. Jangan biarkan pelarian menjadi kambing hitam kepada rasuah dan kegagalan tadbir urus. Jangan biarkan pegawai korup bersembunyi di belakang kemarahan rakyat. 

"Jika Rohingya melakukan jenayah, hukum penjenayah itu. Jika pegawai mengambil rasuah, hukum pegawai itu. Jika sindiket menjual dokumen palsu, hancurkan sindiket itu.

"Jika majikan mengeksploitasi buruh tidak berdokumen, dakwa majikan itu. Jika dasar pelarian negara rosak, baiki dasar itu. Berhentilah berpura-pura bahawa kebencian ialah penyelesaian. 

"Jika ada individu Rohingya melakukan jenayah, mereka mesti ditangkap, didakwa dan dihukum. Jika ada yang memalsukan dokumen, terlibat dalam sindiket, menyeludup manusia, menipu atau mengganggu ketenteraman awam, undang-undang mesti berjalan. 

"Kad UNHCR bukan lesen untuk melanggar undang-undang. Status pelarian bukan kekebalan daripada tindakan pihak berkuasa. Ini UNHCR sendiri yang cakap. Itu prinsip negara hukum. Tetapi negara hukum tidak sama dengan hukuman kolektif."

Tulisnya lagi, "masalah @ isu menjadi besar kerana Malaysia membiarkan undang-undang, dasar, penguatkuasaan, rasuah dan emosi awam mereput dalam ruang yang sama terlalu lama. 

"Kita sebagai rakyat juga penyumbang kepada kebobrokan keadaan setempat apabila tidak membendung kesalahan di depan mata.  Dari dahulu saya jelaskan, Malaysia ini negara berdaulat. Kita ada undang-undang jenayah." - KitaReporters


Pandangan ZRA Strim


19
13
0
14
0

Copy Link: