Allahuakhbar!! Alhamdulillah... Buat julung kalinya Australia akan mempunyai universiti Ìslam pertama tidak lama lagi.


Sheikh Shady Alsuleiman (duduk) bersama Dr Zambry Abd.Kadir.

Pengasas United Muslims of Australia dan Presiden Australian National Imams Council, Syeikh Shady Alsuleiman menyatakan bahawa Australia sedang melakar sejarah baharu melalui perancangan penubuhan sebuah universiti Islam pertama yang akan dibangunkan di Sydney.

Malah inisiatif ini diyakini mendapat sokongan penuh daripada kerajaan Australia.

Secara tidak langsung ia menunjukkan pengiktirafan peranan terhadap institusi pendidikan Islam dalam memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat yang progresif dan inklusif.


Perbincangan turut diadakan bersama bagi merealisasikan sebuah universiti Islam di Australia.

Penubuhan universiti Islam pertama Australia merupakan satu pencapaian penting dalam landskap pendidikan Islam di Australia.

Ia turut berpotensi menjadi pusat kecemerlangan ilmu yang mampu melahirkan generasi cendekiawan, profesional Muslim yang berwibawa serta menyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat antarabangsa.

Bagi mencapai matlamat itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan berperanan sebagai antara penanda aras utama dalam pembangunan universiti tersebut.

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato 'Seri Diraja, Dr Zambry Abd Kadir yang telah menerima kunjungan hormat Sheikh Shadi pada 10 Jun 2026 berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa terbuka untuk meneroka ruang kerjasama dalam memperkukuh pendidikan tinggi Islam yang moden, inklusif dan berdaya saing pada peringkat antarabangsa. - KitaReporters


Sheikh Shady Alsuleiman (tengah) semasa bertemu Dr Zambri Abd.Kadir (kiri).

8
3
0
8
0

Copy Link: