Norul Akma Razali


“AYAH pulanglah segera, anakanda ada urusan penting demi kelangsung hidup yang perlu diselesaikan,” begitulah rayuan seorang anak kepada bapanya yang tidak pernah dikenali sejak kecil sehingga menjadi dewasa

Norul Akma Razali, 21, dari Kampung Teluk Budu, Kuala Besut, Terengganu yang bakal berkahwin meminta bantuan orang ramai untuk mencari bapa kandungnya bagi menjadi wali pernikahannya sebelum  7 Februari 2021.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan wali:

https://kitareporters.com/search?search=wali



Norul Akma berkata, dia berharap bapanya kandungnya Ibrahim Maheh dapat ditemui segera supaya majlis perkahwinannya berjalan lancar.

Menurutnya, dia tidak pernah mengenali bapa kandungnya kerana dia berpisah dengan ibunya pada pada tahun 2000 ketika dia berusia enam tahun.

Sejak itu, katanya dia tinggal bersama keluarga angkat sehingga sekarang dan kedua-dua ibu bapanya tidak pernah menjengok beliau.


Ibrahim Maheh dipercayai berada di Yala, Thailand


Beliau berkata, bapanya dipercayai berada di Yala, Selatan Thailand, manakala ibunya dikatakan berada di Sungai Buloh, Selangor.

“Saya kini buntu dan tidak tahu bagaimana lagi mahu cari ayah sedangkan tarikh kahwin semakin hampir,” katanya.

Norul Akma yang kini menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di kampung halaman keluarga angkatnya amat berharap ada pihak yang mengenali dan dapat membantu ayah kandungnya bertemu beliau walaupun seketika.

Sehubungan itu, dia berharap sesiapa yang mengenali dan tahu lokasi bapanya berada agar dapat menghubunginya menerusi 017-9486465. - KitaReporters

 

 

17
7
11
3
6

Copy Link: