BERMACAM-MACAM cara dilakukan oleh mereka yang berputus asa atau letih dalam hidup untuk mengambil nyawa sendiri. Antaranya menggantung diri, minum racun, mengambil dadah berlebihan, terjun bangunan, terjun laut dan sebagainya. Tetapi rupanya membunuh diri bukan mudah dan memerlukan semangat serta kekuatan mental untuk melakukannya. : KitaReporters

PETA kawasan Najafgarh, lokasi di mana mayat Gaurav Bansal ditemui oleh polis. Gaurav sendiri memilih lokasi dia hendak membunuh diri. - Kredit foto: Maps Of India.


Kisah pelik tetapi benar ini berlaku di ibu negara India, New Delhi.

Seorang lelaki, Gaurav Bansal, 40, yang begitu kecewa kerana perniagaannya merosot akibat Covid-19 dan ‘lockdown’, berhasrat menamatkan riwayat hidupnya akibat tekanan yang dihadapi.

Tetapi kelakarnya, dia sendiri takut untuk membunuh diri sedangkan dia sudah tekad untuk berbuat  demikian. Untuk mengatasi rasa takut ini dan memastikan misi bunuh diri tetap diteruskan, lelaki itu telah mengupah empat orang pemuda untuk membunuhnya bagi pihak dirinya.

GAURAV BANSAL mengambil keputusan membunuh diri setelah perniagaannya merudum akibat Covid-19 di samping mahu keluarganya mendapat wang insurans. -Kredit Oddity Central.


Memetik laporan Oddity Central, Gaurav mengusahakan sebuah kedai runcit dan pendapatannya cukup untuk menyara diri dan keluarga. 

Namun perniagannya merudum akibat serangan Covid-19 dan perintah ‘lockdown’.

Keadaan ini menimbulkan kesedihan teramat sangat kepadanya kerana sumber pendapatan diri dan keluarga telah musnah. Fikirannya buntu dan memutuskan cara terbaik mengakhiri kesengsaraan  ialah dengan mengambil nyawanya sendiri.

Sebelum itu dia juga telah membuat pinjaman bank sebanyak 6 lakh Rupees (RM33,852). 

Selepas itu dia bertekad mahu membunuh diri dengan harapan wang tersebut dapat digunakan oleh keluarga. Dia berharap apabila dia mati, keluarga juga akan mendapat bayaran insuran yang banyak.

Walaupun tekadnya sudah bulat, dia takut untuk mengambil nyawanya.  Dia lalu mengupah empat orang pembunuh untuk melaksanakan misi ‘bunuh diri’ bagi pihak dirinya. 

Gaurav ‘membunuh diri’ dengan ‘menggantung diri’ di sebatang pokok di kawasan Najafgarh, kira-kira 29 kilometer ke barat daya New Delhi.

Mayatnya yang tergantung ditemui oleh polis pada 10 Jun 2020. Namun kisah ini hanya tersebar kepada media dan dilaporkan pada 18 Jun 2020.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai bunuh  memandangkan tangan Gaurav terikat. Mereka seterusnya menjalankan siasatan rapi.

Sewajarnya polis berbuat begitu kerana tidak tahu bahawa Gaurav mati kerana ‘membunuh diri’. 

Malah jika pun Gaurav menganggap kematiannya sebagai bunuh diri, ia sudah menjadi satu kes pembunuhan kerana ia dilakukan oleh orang  lain.

 

GAMBAR HIASAN... GAURAV Bansal mengakhiri hidupnya dengan mati digantung setelah dia sendiri mahu membunuh diri tetapi mengupah orang lain untuk melakukannya. - Kredit foto: Oddity Cebtral. 


Hasil siasatan, polis berjaya mengesan salah seorang yang terlibat dalam kes tersebut, seorang remaja bawah umur. Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis, A Koan, remaja ini dijejaki melalui rekod panggilan Gaurav dan juga kegiatan media sosialnya.

Soal siasat yang dijalankan ke atas remaja ini membolehkan polis mengenali tiga lagi suspek lain yang terlibat, iaitu Suraj, seorang pelajar berusia 18 tahun;  Manoj, 21, seorang penjual sayur dan Sumit, 26, seorang tukang jahit.

Ketika soal siasat, mereka berempat mengaku melakukan pembunuhan tersebut dengan upah tertentu, dan setelah diyakinkan oleh mangsa bahawa mereka melakukan satu kebaikan dan kebajikan dengan membunuhnya.

Ini kerana dengan kematian itu, waris Gaurav akan memperoleh wang insurans agar keluarganya tidak hidup susah selepas kematiannya. 

Mereka juga memberitahu, pada mulanya mereka mahu membunuh Gaurav dengan menembaknya. Tetapi rancangan itu tidak dapat dilaksanakan kerana penjual senjata enggan menjual senjata api kepada mereka.

Mereka mendakwa, Gaurav sendiri kemudian membawa seutas tali dan mencadangkan mereka menggantungnya. Upah yang diberi ialah 90,000 Rupees (RM5,142) yang kemudian mereka bahagikan sama rata.

Pada awalnya Gaurav dikatakan hanya mengupah remaja bawah umur itu untuk membunuhnya. Tetapi remaja itu kemudian mengajak tiga lagi rakannya melakukan jenayah tersebut.

GAMBAR FAIL... Keluarga masih ragu-ragu dengan kenyataan polis bahawa Gaurav mati kerana mahu memperoleh wang insurans untuk keluarga. - Kredit foto: ndtv.com 


Menurut polis, pada hari pembunuhan, Gaurav pergi ke Taman Mohan dekat New Delhi  untuk bertemu dengan pembunuhnya dan memilih sendiri lokasi di mana dia mahu digantung.

Dia menyuruh keempat-empat pembunuh itu mengikat tangannya dan meletakkan kad pengenalannya di dalam poket untuk memastikan mayatnya mudah dikenali.

Walaupun polis pada awalnya mengesyaki kematian Gaurav sebagai disyaki dibunuh, dengan keterangan daripada pembunuh itu sendiri polis menyiftkan ia sebagai rancangan licik membunh diri untuk membolehkan keluarga memperoleh wang insuran.

Dalam pada itu, kaum keluarga Gaurav masih sukar menerima kenyataan Gaurav sudah tiada.

Malah mereka juga masih ragu-ragu dengan kenyataan polis bahawa Gaurav mati kerana mahu memperoleh  wang insurans untuk keluarga.

Mereka juga ragu-ragu jenayah itu dilakukan oleh seorang remaja bawah umur yang hanya dikenali oleh Gaurav melalui media sosial. Polis masih meneruskan sisatan. - KitaReporters

3
1
3
1
2

Copy Link: