Video| Imam masjid meninggal selepas terjatuh di kerusi mimbar khatib! Membaca khutbah Jumaat!

Published by
KitaReporters

Kredit foto: FB Rindu Masjid


INNALILAHI wainnailaihi rojiun! Seorang Imam Besar, Masjid Raya Baitul Izzah Bengkulu, Indonesia, Puad Muzakar Siregar meninggal dunia selepas terjatuh di kerusi mimbar khatib ketika sedang membaca khutbah solat Jumaat pada 27 Ogos 2021 lalu. 

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.55 tengah hari, Allahyarham sedang membaca khutbah yang kedua sebelum dia secara tiba-tiba terjatuh di kerusi mimbar tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan husnul khatimah

Allahyarham Puad Muzakar Siregar meninggal dunia ketika sedang membaca khutbah solat Jumaat di Masjid Raya Baitul Izzah, Bengkulu pada 27 Ogos 2021. - Kredit Foto : Tribunnews.com



Selepas terjatuh di kerusi mimbar itu, Allahyarham dilihat tidak bergerak ataupun tidak bangkit lagi  untuk meneruskan bacaan khutbah itu.

Melihat keadaan tersebut, para jamaah serta pengurus masjid berkenaan mengusung Allahyarham dalam keadaan tubuh yang lemah dan tidak sedar diri  ke bilik imam berhampiran dengan mimbar itu.


Gambar dirakam dari video CCTV ini menunjukkan Allahyarham Puad sedang memberikan khutbah. - Kredit foto: iNews TV


Allahyarham Puad meninggal selepas terjatuh di kerusi mimbar khatib. - Kredit foto: Tribunnews.com


Dipetik laporan SuaraRiau.id pada 28 Ogos 2021 memberitahu, meskipun berlaku kejadian sedemikian ke atas iman besar itu, solat Jumaat pada hari tersebut diteruskan dengan seorang khatib bernama Rusli M Yakub yang bertindak sebagai pengganti imam itu.

Sebaik sahaja selesai solat Jumaat, para jamaah serta pengurus masjid pergi ke bilik imam untuk melihat Puad dan mendapati bahawa Allahyarham sudah pun meninggal dunia.


PARA jamaah yang hadir solat Jumaat di Masjid Raya Baitul Izzah melihat jenazah Puad. - Kredit Foto: Tribunnews.com


Jenazah Allahyarham disolatkan di masjid itu dan dikebumikan selepas solat asar pada hari tersebut.

Sepanjang hayatnya Allahyarham Puad adalah seorang yang hebat, baik dan periang selain dapat menghafalkan al-Quran 30 juz dan kematiannya amat mengejutkan para jamaah di masjid berkenaan.

Allahyarham juga dikenali seorang ulama yang hebat yang amat disegani masyarakat di daerah itu. - KitaReporters


Kredit foto: Liputan6.com

0
1
5
0
2

Copy Link: