MOTIF percintaan antara Datuk Seri Vida (DSV) dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli, 27, yang kini hangat diperkatakan dan menjadi teka-teki kerana ada yang menyifatkan sebagai strategi pemasaran atau mereka `benar-benar bercinta dan berhajat untuk menamatkan misi cinta mereka sejak empat tahun lalu.

Di sebalik anak perempuannya Cik B membantah perkahwinan itu, lebih ramai netizen merestui pemilik jenama Quputeh itu mencari bahagia

Cik B minta supaya calon suami mamanya biarlah 'setaraf' kerana yang berlaku sebelum ini, ada lelaki berkahwin dengan mamanya dengan niat tersembunyi. Macam ada udang di sebalik batu.

Selain itu, Cik B atau Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin,16, paling bimbang bila mama jatuh cinta kali ini akan membuatkan wanita antara yang terkaya di Malaysia itu boleh lupa 'hal dunia' dan tidak kurang juga mamanya mengabaikan anak-anaknya dan perhatian untuk Cik B juga kurang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan DSV


Seorang pemilik Instagram LaAedieq berkata, DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman juga mahu kecapi bahagia. 

Selama ini dia bersusah payah membesarkan perniagaan demi anak-anaknya. Malah susah senangnya dia telan kepahitan itu sendirian sudah sampai masanya dia menikmati kebahagiaan dan kejayaan hidupnya.

"Sekarang sudah sampai masanya untuk anak-anak meneruskan legasinya DSV. Dan dia juga memerlukan peneman dan lumrahlah, manusia perlu peneman. Sebabnya akhir nanti, anak dia juga akan berkahwin dan takkan dia hendak duduk di rumah atau mentuanya.

"Mungkin faktor umur ramai yang negatif. Tapi persoalannya, siapa dan apa hak kita untk menilai? Tak suka, meluat, geli or whatever bukan urusan kita. Jangan follow  kalau tidak suka... jodoh, pertemuan, ajal dan maut semua di tangan Allah. 

"Doakan yang baik-baik, In Shaallah orang lain akan doa baik juga untuk kita," katanya.



LaAedieq turut memuji Iqbal yang bukan orang sembarangan. Tergolong usahawan yang kaya raya  juga dan biarlah mereka yang membuat keputusan kerana dalam dunia ini ada juga pasangan berkahwin, berbeza umur 10 atau 15 tahun. 

Kenapa hal umur ini perlu dijadikan isu, katanya sambil mendoakan pasangan itu menemui bahagia dengan cara mereka. 



"Bila pula masa saya anak dia. Macam ni saya rasa. Eii. Banyak yang saya pendamkan. Mereka pernah kantoi bercinta di belakang saya. Tu yang kami bergaduh tu," demikian pengakuan geram dan 'marah' daripada anak perempuan DSV apabila mengetahui rancangan ibunya mahu melangsungkan perkahwinannya dengan Iqbal.

Cik B berkata dia tidak mahu dianggap 'anak' oleh Iqbal dan bimbang perkahwinan mamanya yang juga pemilik jenama QuPuteh itu juga akan menerima nasib 'malang' seperti sebelum ini sebab ada udang di sebalik batu.

"Umur mama tidak perlulah fikirkan perkahwinan. Bukan faktor usia. Mama hendak berkahwin untuk apa lagi. Sebelum ini banyak lelaki berkahwin dengan mama ada macam-macam hal. Kami pun tidak mahu ayah baru. Biarlah mama bergembira dengan kami saja," katanya yang kali ini dia berasa berhak untuk membantah sekeras-kerasnya pelan perkahwinan itu.

"Hanya saya seorang saja boleh memberhentikan perkahwinan mama dan saya sebenarnya tidak ngam dengan Iqbal. Dia (Iqbal) ini macam Along (abang). 

"Tetapi juga sudah jodoh mereka saya tidak mampu berbuat apa-apa," demikian kata Cik B dalam temu bual terbaharu dengan Mstar Online mengenai gosip terkini ibunya dan Iqbal yang sedang mabuk bercinta dan mereka dijangka melangsungkan perkahwinan hujung tahun 2021 ini.


Kredit foto: IG Ahmad Iqbal Zulkefli


Iqbal yang nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli adalah Direktor IBA Revolution Sdn Bhd yang juga pengasas kosmetik IBA Skincare

Lulusan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) terpilih menjadi pembantu peribadi DSV dalam satu pertandingan ditaja oleh jutawan kosmetik berkenaan. 

Dia juga bertindak sebagai Editor Biografi Dato Aliff Syukri yang kemudian niatnya untuk menikahi DSV itu dibongkarkan oleh Alif Syukri

Iqbal berhenti kerja dengan DSV selepas teruk dikecam dan dengan modal RM500 dia memulakan perniagaan yang kini pendapatannya dianggarkan RM10 juta.



Editor Wanita & Gaya Hidup Berita Harian, Jamie Shah (gambar atas) sangat gembira dan mengucapkan "Happy birthday Iba. Doa Allah mengabulkan semua impianmu menjadi kenyataan dan tiada garis sempadan. Selamat ulang tahun."

"First time tengok DSV behave dan segan² 🤣 selalu nampak dia langgar je semua org dgn celoteh dia hahahahahahahaha," tergelak bahagia ketika Alxaya Medicore (gambar bawah) menggambarkan perasaan DSV diamuk cintanya.




Sebelum ini, Iqbal ketika diraikan majlis hari jadi ke-27 pada 12 September 2021 oleh `bakal suri hidupnya`, dia berjanji dengan Datuk Seri Vida akan menjaga 'anak-anak' mereka dan kata-kata itu dianggap sebagai sesuatu yang 'menggelikan' bagi Cik B.

Malah dia masih menganggap usaha Iqbal untuk memikat ibunya dijadikan suri hidup lelaki itu sebagai satu strategi pemasaran dan berharap cepat selesai. Ini kerana kisah itu tiba-tiba meletus dan 'mengejutkan'. 

Cik B risau jika dibiarkan gosip itu berterusan boleh membuatkan mamanya jatuh cinta dengan Iqbal.

"Mama dan Iqbal pernah ada masa 'sweet-sweet' di belakang saya. Kami pernah bergaduh sebab ini. Saya harap ini semua cuma strategi pemasaran (publisiti). Ya Allah takutnya. Saya pun macam tak naklah ada ayah baru. Saya dah cukup lima ayah.

“Tapi kalau jodoh mama dengan abang Iqbal, saya harapkan mama happy (gembira), ikutlah mama nak buat apa. Saya memang tak nak mama kahwin dengan abang Iqbal,” luahnya lagi. - KitaReporters


9
6
0
16
0

Copy Link: