Kebakaran rumah seorang pelajar Kolej Kediaman Inapan Siswa TNB UUM.

Inapan Siswa (Inasis) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Universiti Utara Malaysia (UUM) melancarkan kutipan derma kilat bagi membantu Nur Fatihah Mohamad Zafri, seorang pelajar semester empat Sarjana Muda Teknologi Maklumat yang rumah ibunya terbakar hampir 70 peratus.

Pengetuanya Prof Madya Dr Rohani Abdullah berkata, semasa kebakaran berlaku, ibu pelajar itu tinggal bersama dua anaknya yang lain.

“Kebakaran itu berlaku di 122, Jalan Bunga Dahlia 8, Taman Aman, Senai, 81400, Johor jam 11.33 malam pada 14 Mac 2024 lalu,” ujarnya ketika dihubungi.


Prof Madya Dr Rohani Abdullah 


Nur Fatihah Mohamad Zafri

Moga semua warga kampus UUM dan orang ramai dapat membantu meringankan beban keluarga ini.

Bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi talian 0138230730 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Nur Fatihah Mohamad Zafri menerusi Bank Islam bernombor 01117020198430. - KitaReporters


Kebakaran berlaku pada jam 11.33 malam pada 14 Mac 2024 lalu.


Kawasan rumah terpaksa disita.

 
13
9
1
9
0

Copy Link: