Video| 40 tahun simpan duit niaga untuk tunai haji! Penjual tempe ke Tanah Suci pada usia 75 tahun!
Published by
Kasidah ketika berjualan tempe dan sewaktu hendak berangkat di lapangan terbang.Namun masih terdapat golongan yang mampu dari segi kewangan tetap belum mendaftar menunai haji. Sebaliknya lebih suka menghabis wang dengan melancong ke destinasi lain.
Biasanya alasan diberi ialah belum sampai seru atau masih muda lagi.
Namun masih ramai umat Islam dari golongan kurang berada mempunyai keinginan menunai haji. Mereka tetap berdisiplin mengumpul wang bertahun-tahun untuk menyambut seruan haji.

Warga emas itu sudah membuat dan menjual tempe hampir 40 tahun bermula sejak awal perkahwinannya.
Niat untuk mengerjakan haji mula terdetik sejak berusia 35 tahun, lalu dia mula mengasingkan wang sedikit demi sedikit daripada hasil jualan harian.

Pada 2012, dia membuka akaun tabungan haji dan mula menyimpan secara berkala setiap 10 hari dengan jumlah antara 100,000 Rupiah (kira-kira RM29) hingga 300,000 Rupiah (kira-kira RM88).
Bagi mempercepatkan jumlah simpanannya, Kasidah turut melakukan kerja sampingan seperti membuat dan menjual sapu lidi.
Selepas penangguhan itu, penantian selama dua tahun berakhir apabila namanya tersenarai dalam kumpulan jemaah yang berangkat pada musim haji 1447 Hijrah (2026 Masihi) ini.

