Terdapat sejumlah kaum lelaki yang berkahwin banyak kali sepanjang hayat mereka dan itu bukan cerita luar biasa. Namun apabila perkahwinan banyak kali membabitkan golongan wanita ia dianggap sensasi.
Seorang wanita bernama Marfina (Fina), 46, dari Desa Welado, Kecamatan Ajangale, Kabupaten Bone di Sulawesi Selatan, kini menjadi bahan sensasi media sosial dan sejumlah media cetak dan elektronik di Indonesia. 



Ini kerana Fina yang merupakan penyanyi tempatan membuat pengakuan telah berkahwin sebanyak 15 kali. Perkahwinan terakhirnya berlangsung pada Jumaat 1 Mei 2026 lalu dengan lelaki yang baharu berusia 22 tahun yang dikenali sebagai  Jusman, seorang tukang batu.

Perkahwinan mengikut adat Bugis ini berlangsung meriah dengan mas kahwinnya sebanyak 4 juta rupiah (kira-kira RM900) yang dianggap tinggi di daerahnya. 

Wajah asal Fina (kanan) sebelum disolek


Memberitahu media, Fina menyatakan satu kepuasan berkahwin banyak kali tambahan pula dia dianggap wanita Indonesia pertama berkahwin paling banyak. Menurutnya, ada perkahwinan yang berakhir dengan perceraian dan ada juga yang berpisah kerana kematian.
Walaupun banyak kali kahwin, namun Fina hanya punya seorang anak yang kini berusia 12 tahun bersama suami ketiganya. 


Fina juga seorang pempengaruh (influencer) yang aktif dalam Facebook dan kandungannya dibuat dalam bahasa Bugis.

Ramai netizen membayangkan Jusman bukan suami terakhirnya. Ini kerana Fina punya kecenderongan untuk menikmati hidup dengan ramai lelaki. 



Ramai yang menjangka perkahwinannya dengan Jusman tidak bertahan lama dan Fina akan mencari ‘pucuk muda’ lain. 

Namun tidak salah jika Fina berkahwin secara halal, tidak kiralah berapa jumlah suaminya hingga ke akhir hayat. Apa yang salah ialah jika Fina berkahwin dengan lebih seorang suami dalam satu-satu masa.

Tidak mustahil Fina akan menjadi wanita pertama di Indonesia, mungkin di dunia mempunyai suami paling banyak, mencapai puluhan. - KitaReporters

18
10
0
11
0

Copy Link: