Video| Hadirin jadi sebak! Ayah naik atas pentas ambil sijil wakilkan arwah anak! Majlis konvokesyen!

Published by
KitaReporters


PERKONGSIAN seorang graduan menunjukkan seorang ayah mewakili anaknya yang telah meninggal dunia naik ke atas pentas mengambil sijil di sebuah majlis konvokesyen telah meraih perhatian orang ramai sehingga menjadi tular dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @azxparfum, kelihatan seorang lelaki yang sebak dengan mengesat air mata sebaik sahaja mengambil sijil mewakili anaknya daripada canselor di atas pentas.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis-majlis konvokesyen


Anak pak cik ini seorang pelajar yang cemerlang sama batch dengan saya. Namun anak pak cik ini sudah meninggal dunia tidak sempat meraih kejayaan beliau ini.

“Pak cik ini merupakan ayah kepada arwah wakilkan untuk mengambil sijil di majlis konvokesyen. Ya Allah, sebaknya rasa ambilkan sijil untuk arwah anak yang sudah tiada,” kongsinya dalam aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial turut berasa sedih situasi yang dialami pak cik berkenaan serta mendoakan roh arwah anaknya ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman.



“Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman. Gugur air mata saya pak cik,” kata @nurulamiza.

“Terus menjadi sebak sekiranya melibatakan ibu dan ayah ini. Salam takziah buat pak cik sekeluarga, semoga arwah ditempatkan di kalangan golongan yang beriman,” jelas @MiyyAhmad.

“Dengan saya sekali menangis apabila menonton video ini, moga Allah kuatkan semangat Pak Cik,” ujar @nanias353. - KitaReporters


11
14
1
15
0

Copy Link: