Gambar hiasan 


LAZIMNYA wanita berpantang dijaga rapi selama 44 hari bagi memastikan kesihatan sang ibu kembali sihat.

Dalam tempoh itu bukan dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak tetapi merupakan tempoh bertenang bagi ibu supaya dapat berehat sepenuhnya sebelum kembali menjalani rutin harian.

Lebih utama tempoh berkenaan adalah bagi memulihkan luka dalaman kesan bersalin. Bagi yang mementingkan kesihatan amalan berpantang diteruskan sehingga 100 hari. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan ibu-ibu bersalin



Semuanya untuk menjaga dalaman ibu selain dapat memberi hubungan istimewa bersama anak yang baharu dilahirkan. 

Namun baru-baru ini, amat mengejutkan selepas satu tragedi berlaku di indonesia apabila seorang ibu muda yang baru dua bulan bersalin menyertai pertandingan larian di dalam guni sempena hari kemerdekaan Republik Indonesia ke-77.

Sepatutnya tempoh dua bulan masih baharu bagi ibu yang bersalin dan tidak digalakkan melakukan kerja-kerja berat.



Namun sangat mengejutkan apabila penyertaan wanita yang dikenali sebagai Rini tersebut yang membuat keputusan untuk memeriahkan Hari kemerdekaan negaranya yang berlangsung di Mangkabumi, Tasikmalaya, Bandung , Indonesia.

Malah, ahli keluarga terdekat cuba menghalang ibu muda berusia 29 tahun itu daripada menyertai larian berkenaan namun dibantah dan tetap mahu meneruskan pertandingan bagi memeriahkan keadaan.

Bagaimanapun, keterujaan menyertai pertandingan larian dalam guni akhirnya bertukar menjadi tragedi kepada keluarganya apabila wanita muda tersebut terjatuh ketika dalam larian berkenan.

Lebih menyedihkan ketika terjatuh kepalanya terhentak di tanah menyebabkan dia pengsan sebelum disahkan meninggal dunia



Memetik laporan detikNews.com, orang ramai yang menyaksikan Rini terjatuh membawanya ke klinik namun disahkan meninggal dunia.  

Sementara itu, Ketua Polis Mangkabumi, Hortono berkata, wanita berusia 29 tahun itu sememangnya mempunyai sejarah penyakit darah tinggi (hipertensi) dan masih mengambil ubatan.

Keluarga kemudian menuntut jenazah dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran kediamannya. - KitaReporters


14
13
0
13
0

Copy Link: