Mengambil inspirasi daripada rangkaian Charity Shoppe Islamic Relief di United Kingdom (UK), Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) telah menubuhkan Charity Shoppe pada 21 April 2012 di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi dan dirasmikan oleh Pengurus Besar Lembaga Tabung Haji ketika itu iaitu Dato’ Syed Salleh Syed Abdul Rahman.

Sebelum Charity Shoppe ditubuhkan, IR Malaysia telah mula bergerak aktif dalam mengumpul barangan terpakai dan menjual barangan tersebut melalui aktiviti-aktiviti seperti Car Boot Sale dan karnival.


 


Pada awal penubuhan kedai kebajikan ini, konsep yang diperkenal ialah Membeli Sambil Beramal sebelum ditukar kepada Menang Memberi, Menang Memakai dan terkini, From the Best for the Best.

Kesemua konsep ini menggalakkan orang ramai untuk memberi barangan terpakai yang masih elok dan boleh digunakan. 

Dalam masa yang sama, para pengunjung juga boleh beramal dan membantu mereka yang memerlukan dengan membeli pelbagai barangan yang terdapat di Charity Shoppe.



Sejajar dengan visi Islamic Relief untuk mewujudkan dunia yang prihatin, Charity Shoppe juga turut menjadi pusat informasi untuk orang ramai mengetahui maklumat lanjut mengenai isu kemanusiaan dan kempen-kempen yang dijalankan.

Selain itu, Charity Shoppe juga menjadi pusat aktiviti untuk komuniti yang ingin membuat sebarang sumbangan tunai serta tempat untuk aktiviti sosial dan kesukarelawanan.



Antara barangan yang diterima dan dijual di Charity Shoppe adalah pakaian, perkakas rumah, barangan hiasan, peralatan dapur, pinggan mangkuk, peralatan elektrik, buku, alat permainan dan banyak lagi.

Hasil jualan melalui Charity Shoppe ini akan disalurkan untuk projek-projek kemanusiaan Islamic Relief di Malaysia dan luar negara serta digunakan untuk menampung kos operasi. - KitaReporters/Kenyataan Media


9
11
0
13
0

Copy Link: