Video| Adik bawa rangka kakak ke bank! Nak buktikan kakaknya dah meninggal! Untuk keluarkan wang!

Published by
KitaReporters

Seorang lelaki di India bernama Jeetu Munda, 50, nekad menggali kubur dan membawa mayat kakaknya, Kalra Munda, 56, ke sebuah bank demi mengeluarkan wang simpanan si mati berjumlah 20,000 rupee (sekitar RM820) selepas permohonannya sebelum ini ditolak.  




Jeetu yang buta huruf dan tinggal di Kampung Dianali memerlukan wang untuk kelangsungan hidup. 

Dia cuba mengeluarkan baki wang milik mendiang kakaknya yang meninggal dunia pada 26 Januari 2026 di cawangan Bank Grameen, di negeri Odisha, pesisir timur, India. 

Menurut Jeetu, dia sudah beberapa kali hadir ke bank itu, namun kakitangan memintanya untuk membawa pemilik akaun atau mengemukakan sijil kematian.  

Jeetu mengali dan memikul rangka kakaknya untuk membukti kematiannya.

Orang ramai terkejut melihat Jeetu membawa rangka kakaknya


Dan Jeetu tidak memiliki sijil kematian kakaknya atau dokumen lain yang boleh membantu. 

Selepas diberitahu berulang kali, Jeetu akhirnya membuat kerja gila dengan menggali kubur dan mengeluarkan rangka kakaknya.  

Polis terpaksa campur tangan bagi mebolehkan Jeetu mendapat wang dituntut secara tunai

Pada Isnin, 27 April 2026, dia berjalan dalam panas terik serta tidak berbaju, dan berjalan sejauh 3  kilometer ke bank sambil memikul rangka kakaknya yang dibungkus dengan kain. 

Ia mengejutkan pekerja bank dan pelanggan serta orang ramai yang lalu lalang. 

Ramai yang meluahkan rasa simpati, manakala sebahagian lain mengecam tindakan pihak bank yang dianggap tidak berperikemanusiaan. 

Mereka mempersoalkan mengapa pihak bank tidak mengambil pendekatan lebih fleksibel seperti pengesahan melalui ketua kampung atau siasatan lapangan, sebaliknya berpegang ketat kepada prosedur dokumentasi atau birokraso. 

Lalu pihak polis dihubungi bagi menyelesaikan masalah. 



Anggota polis yang tiba membantu Jeetu memudahkan proses proses tuntutan wang itu. Pihak bank akhirnya setuju memberi wang tuntutan secara tunai. 

Mayat itu dikebumi semula dengan pengawasan pihak polis.

Kejadian ini tular dalam laman sosial. Ramai netizen yang kagum dan memuji langkah yang diambil oleh Jeetu sambil mengkritik sistem birokrasi yang menyukar individu tertentu, khususnya yang buta huruf. - KitaReporters

10
14
0
13
0

Copy Link: