Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, Astro Kasih dengan kerjasama pihak Masjid Nurul Ehsan di Taman Medan, Petaling Jaya telah menyediakan juadah bubur lambuk sebanyak 1,000 bungkus kepada komuniti di sekitar kawasan penduduk yang disertai barisan pelakon dan selebriti tempatan termasuk Duta Kempen Ramadan Raya Astro, Nadhir Nasar dan Qasrina Karim. 

Selain itu, majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran daripada personaliti-personaliti Astro Radio termasuk Fazziq (ERA), Putra (Sinar), Rea (Gegar), Lin Ariffin (Zayan), Raianna (Go Shop) dan penampilan pelakon dan selebriti Hawa Rizwana dan Wafiy Ilhan. 



Turut diraikan ketika menghadiri majlis ini ialah anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal dari dua Persatuan Rumah Anak Yatim dan Ibu Tunggal: Hajah Kamariah dan Nur Hikmah yang menghimpunkan seramai 120 orang untuk sesi tazkirah dan ceramah yang disediakan oleh pihak Astro Kasih, bertempat di pekarangan Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan Petaling Jaya. 

Penganjuran program adalah inisiatif pihak Astro Kasih untuk mendekati komuniti setempat dan sejajar dengan slogan Ramadan tahun ini #BukalahHati. - KitaReporters/Kenyataan Media




18
13
0
17
0

Copy Link: