Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar pengundi di Parlimen Kuala Kedah memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) until kembali ke kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Naib Presiden UMNO itu, calon BN di Kuala Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim merupakan seorang tokoh yang berpengalaman dan mampu mengalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Dr Mashitah Ibrahim



“Pada 19 November (2022) ini Keluarga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, berbilang agama, bangsa dan kaum akan menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan untuk menerajui pentadbiran negara. Bagi Parlimen Kuala Kedah, Mak Teh atau Dr Mashitah merupakan seorang calon wanita berwibawa daripada Barisan Nasional dalam PRU15.

“Saya yakin Mak Teh yang merupakan tokoh ilmuan, penceramah bebas dan pakar motivasi yang berpengalaman luas mampu memberi sumbangan besar dan meningkatkan sosioekonomi Keluarga Malaysia di Kuala Kedah,” katanya dalam satu perutusan khas untuk pengundi di Parlimen Kuala Kedah yang tersiar dalam media sosial Dr Mashitah.

Berucap lanjut kata Ismail Sabri, pihaknya berharap pengundi di kawasan itu memberi sokongan kepada calon BN itu demi kestabilan dan kemakmuran mereka.

Saya berharap seluruh Keluarga Malaysia di Kuala Kedah akan memberi sokongan dan kepercayaan kepada calon BN iaitu Mak Teh atau Dr Mashitah. Undilah Mak Teh dari BN demi kestabilan dan kemakmuran,” katanya.





Dalam PRU15 ini, Dr. Mashitah  yang membuat kemunculan semula dalam politik berdepan saingan lima penjuru di Parlimen Kuala Kedah.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu ditentang empat calon lelaki di kawasan berkenaan daripada Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Warisan.

Kerusi Parlimen Kuala Kedah disandang oleh Pakatan Harapan Dr Azman Ismail yang menang dengan majoriti 13,481 undi mengatasi dua lawannya iaitu Muhamad Riduan Othman (Pas) dan Abdullah Hasnan Kamaruddin (BN) pada PRU14.

Dr Mashitah, 58, memenangi kerusi Parlimen Baling pada 2004 dan pernah dilantik sebagai senator pada 2008 serta memegang jawatan timbalan menteri di JPM. - KitaReporters


14
15
0
12
0

Copy Link: