Syabas dan tahniah kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) setelah berjaya menempa sejarah dan menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa.


Arca Kapal Terbang yang telah dihasilkan daripada bahan kitar semula di Sepang.

Arca Perahu Layar yang turut mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Melalui pendekatan inovatif 'waste to art' (sisa ke seni) SW Corp telah berjaya menghasilkan seni awam dan pendidikan alam sekitar serta mengubah persepsi bahawa bahan sisa turut mempunyai nilai.

Pengiktirafan bukan saja diperolehi melalui Malaysia Book of Records tetapi juga diiktiraf melalui Asia Book of Records serta ASEAN Book of Records melalui 45  arca di lapan buah negeri dalam tempoh enam bulan.


Pengiktirafan yang telah berjaya diraih sehingga ke persada antarabangsa.

Arca kitar semula terbaharu yang menjadi tarikan ialah Arca Kapal Terbang di Pantai Bagan Lalang dan Arca Perahu Lestari yang dihasilkan daripada bahan terpakai di Sepang.

Antara bahan terpakai yang telah digunakan bagi menghasilkan Arca Kapal Terbang dan Perahu Lestari ini ialah besi, tong dram serta komponen plastik.

Secara tidak langsung ia membuktikan bahawa sisa bukan beban,sebaliknya sesuatu yang bernilai dan berharga. 


Arca Kapal Terbang yang telah berjaya menaikkan nama negara melalui pengiktirafan antarabangsa.

Sementara itu, Gunung Jerai di Yan, Kedah menarik kerana ia merupakan percutian tanah tinggi yang menakjubkan setelah terkenal dengan udara sejuk, kabus dan pemandangan yang panoramik.

Laluan hutan dan air terjun sedia ada di Taman Eko Rimba, Gunung Jerai turut memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menikmati dan melawat air terjun serta meneroka kawasan persekitaran.


Kafe juga disediakan di Taman Eko Rimba, Sungai Teroi, Gunung Jerai.

Suasana nyaman dan tenang dengan limpahan air terjun.

Taman Eko Rimba Sungai Teroi di Gunung Jerai ibuka pada 1 April 2026 lalu dengan bayaran masuk hanya seringgit seorang.

Letaknya pula di paras yang tinggi sudah semestinya sejuk, nyaman dan tenang dengan kemudahan tapak berkelah, khemah, chalet, glamping serta banglo istirahat turut disediakan.

Promosi yang laku selama sebulan bermula 1 April 2026 lalu itu memberi peluang untuk membawa keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati alam semula jadi yang menenangkan. - KitaReporters


Promosi harga RM1 yang laku selama sebulan mulai 1 April 2026, peluang ini seharusnya direbut.

Taman Eko Rimba, Gunung Jerai sudah sewajarnya membuka ruang yang luas kepada orang ramai.

12
11
0
14
0

Copy Link: