Seramai 75 orang bekas pekerja Utusan Melayu menghadiri Majlis Hi Tea Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) di Royal Selangor Golf Club (Kelab Golf Diraja Selangor), Kuala Lumpur pada 2 Mei 2026. 




Pada tahun ini (2026), Timbalan Pengerusi KVUM, Tan Sri Sulaiman Mohamad telah menjadi tuan rumah. 

Majlis yang bertemakan Jalinan Silaturahim berlangsung dalam suasana ceria merupakan satu acara tahunan dan memberi peluang bertemu kepada pelbagai lapisan rakan sekerja yang pernah bersama bertugas di bawah bumbung syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. 




Momen reunion paling indah ialah apabila dapat berjumpa kembali sahabat sahabat yang pernah bertugas satu bumbung. 

Antara tetamu istimewa yang hadir adalah Tan Sri Johan Jaaffar, Datuk Aziz Ishak, Datuk Seri Azman Ujang, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Datuk Mohd Nasir Ali dan Datuk Jamelah Bakar.


Abas Dalib (kanan), suami kepada Allahyarham Taja'yah Ihsan, menerima sumbangan khairat kematian daripada Sulaiman Mohamad.


\

Anak Allahyarham Sabarudin Ahmad Sabri (kanan) menerima sumbangan khairat kematian daripada Sulaiman.


Pada majlis yang sama juga berlangsung Majlis Penyerahan Khairat Kematian kepada waris ahli KVUM yang meninggal dunia tahun 2026 ini. 

Ahli KVUM yang meninggal dunia ialah Sabarudin Ahmad Sabri dan Taja'yah Ihsan. - KitaReporters/Kenyataan Media


14
9
0
11
0

Copy Link: