LAZIMNYA kita mendengar dan membaca akan impak negatif akibat serangan pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak kira-kira satu tahun yang lalu. Namun sedarkah kita, di sebalik musibah pasti ada rahmat yang terselindung untuk kita renungi?

Begitulah juga dengan impak serangan pandemik Covid-19 ini, siapa sangka terdapat juga sisi positif dalam kalangan beberapa kumpulan individu tertentu. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan paling kekayaan:

https://kitareporters.com/search?search=kekayaan


Contohnya, seluruh dunia menyaksikan pandemik Covid-19 telah memberi impak positif kepada saham syarikat Tesla yang telah melonjak lebih 500 peratus, sekali gus merekodkan nilainya telah mencecah lebih AS$500 bilion (RM2,043.75 trilion).

Saham Tesla juga direkodkan meningkat sejak Pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang baharu yang memilih dasar lebih agresif untuk menangani perubahan iklim.

Lonjakan saham syarikat teknologi Tesla itu juga didorong oleh pengumuman bahawa ia didaftarkan dalam indeks S&P 500.



Menurut laporan AFP, dengan perkembangan ini, maka sekali gus telah menobatkan pengasasnya, Elon Musk menjadi individu kedua terkaya di dunia, menurut senarai jutawan Bloomberg.

Rekod ini menyaksikan Musk telah berjaya mengalahkan jutawan terkenal seantero dunia, iaitu Bill Gates.

Media AFP melaporkan, Musk memiliki sekitar 18 peratus saham syarikat tersebut dan mengaut keuntungan sebanyak AS$100 bilion (RM408.75 bilion) dalam tempoh berkenaan.

Lelaki berusia 49 tahun itu telah menambah kekayaannya kepada AS$7.2 bilion (RM29.4 bilion) sehingga melayakkan dirinya tersenarai dalam jutawan Bloomberg.

Antara nama-nama besar yang berjaya dikalahkan oleh Musk adalah seperti pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.

Untuk rekod, individu paling kaya di dunia menurut Bloomberg ialah Jeff Bezos. Beliau merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon dengan kekayaan bernilai AS$182 bilion (RM743.93 bilion). - KitaReporters



0
2
0
0
0

Copy Link: