Kerana cinta tak kesampaian! Lelaki simbah asid kepada bekas kekasih! Cedera parah pada badan, muka!
Published byDalam dunia percintaan, apa saja boleh terjadi apabila kisah cinta pasangan terbabit terkandas.
Sehingga ada pasangan yang ditinggalkan tanpa berfikir panjang sanggup melakukan pelbagai cara yang menyakitkan hati kepada bekas kekasihnya.

ALI (duduk) berjaya ditahan Polis Tamalate untuk siasatan lanjut. - Kredit foto: Antara
Hal jni terjadi di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia apabila gara-gara cintanya ditolak mengakibatkan seorang lelaki sanggup menyiram air asid pada tubuh mantan kekasihnya pada 16 Mac 2026 lalu.
Dalam kejadian yang berlaku di Deppasawi, Kacamatan Tamalate pada kira-kira pukul 10 malam, mangsa yang dikenali sebagai UF, yang berumur 38 tahun, bukan sahaja mendapat cedera parah di tubuh badannya malah turut cedera parah pada muka akibat perbuatan keji yang dilakukan oleh bekas kekasihnya bernama Ali, 35,.
Sebelum kejadian tersebut, menurut portal berita Antara pada 17 Mac 2026 lalu dipetik melaporkan, Ali telah menjalinkan ikatan asmara dengan UF sejak beberapa tahun lalu.
Namun, kata Antara, kira-kira enam bulan lepas kemesraan mereka menjadi semakin dingin setelah UF memutuskan untuk meninggalkan lelaki itu yang berasal dari Papua iaitu di wilayah berbeda dengan mangsa.

MANGSA mengalami cedera parah hampir di seluruh badan akibat dipercayai disimbah dengan air asid atau air keras oleh bekas kekasihnya dan mangsa kini sedang dirawat di Rumah Sakit Bayangkara, Makassar, Sukawesi Selatan sejak 16 Mac 2026. - Kredit foto: TV One
Ketua Penyiasatan Jenayah Temalate, Iptu Abdul Latif berkata sungguhpun UF mahu berpisah dengan Ali, tetapi lelaki itu tetap merayu beberapa kali agar mereka tidak berpisah.
Katanya, akibat cintanya ditolak menjadikan Ali sentiasa sakit hati pada UF sehingga pelaku yang bekerja sebagai petani sanggup menyiram air asid pada tubuh mangsa pada malam kejadian tersebut.
''Suspek datang ke rumah UF kira-kira pukul 10 malam ketika mangsa sedang tidur dan dia berpura-pura mengetuk pintu jendela sebelum dibuka oleh mangsa yang beranggapan seekor kucing sedang bermain di tepi dinding.
"Sebaik pintu tingkap dibuka lalu Ali menyiram air asid ke muka dan tubuh wanita itu kemudian mangsa di bawa ke Rumah Sakit Bayangkara, Makassar untuk mendapat rawatan, manakala mantan kekasihnya itu melarikan diri," katanya.

SUSPEK Ali yang dipercayai simbah air asid pada mantan kekasihnya di Deppadawi, Kacamatan Tamalate, Makassar pada 16 Mac 2026. - Kredit foto: 20detik
Bagaimanapun, Ali yang cuba melarikan diri itu berjaya ditangkap oleh polis Tamalate di Tanjung Bunga, Makassar selepas empat jam kejadian tersebut terjadi.
Mangsa yang mendapat kecederaan parah hampir seluruh badan termasuk pada bahagian mukanya kini masih dirawat di rumah sakit berkenaan. - KitaReporters

