Syabas IKUT! Ramai Cina, India bersyahadah! Syabas Maju Johor! Bantuan Kasih Johor untuk bakal haji!
Published bySyabas dan tahniah yang tidak terhingga kepada Persatuan Infaq Kebajikan Ummah Takaful Pulau Pinang (IKUT) yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi meramaikan masyarakat Cina dan India bersyahadah khususnya di Pulau Pinang.

Inisiatif yang diambil seperti kuliah jalanan yang diadakan dalam bahasa Mandarin (dialek Hokkien) sekitar Georgetown, Pulau Pinang terbukti memberi hasil.
IKUT di bawah teraju Penaungnya, Zolkifly Md Lazim terkini pada 8 April 2026 telah mengadakan kuliah jalanan tersebut di Komtar yang dihadiri 50 orang komuniti Cina setempat.
Alhamdulillah selepas kuliah jalanan dalam dialek Hokien seramai 3 orang telah terbuka hati menerima Islam dan disyahadahkan selepas solat zuhur.
Lebih menarik lagi bagi memberi kefahaman mengenai Islam kepada komuniti Cina, IKUT meneruskan rutin kuliah dialek Hokkien selepas Ramadan berakhir pada hari pada Isnin pagi, Rabu petang dan Jumaat.

Menurut Zolkifly, terdapat juga masyarakat India yang mana sebelum ini sering berhubung dan bertanya mengenai agama Islam.
Namun begitu setelah berakhirnya Ramadan dan munculnya Syawal, pemuda India yang hanya mahu dikenali sebagai Thiva dan pemegang Ijazah Kejuruteraan Elektronik sedia melafazkan syahadah sekitar jam 10 malam.
Inisiatif yang diambil oleh IKUT seharusnya dipuji kerana ia membantu mencambahkan lagi umat Islam khususnya dalam mengislamkan masyarakat bukan Islam.

Zolkifly Md Lazim mengajar dan mensyahadahkan pemuda India di Pulau Pinang.
Sementara itu, seperti biasa dengan kedatangan bulan Zulkaedah 2026 akan bermulanya penerbangan haji ke Tanah Cuci Mekah dan Madinah. Musim Haji 1447H/2026M kali ini dijadualkan bermula pada 18 April 2026 .
Syabas kerajaan negeri Johor yang telah memperuntukkan sejumlah RM1.15 juta melalui Bantuan Kasih Johor (BKJ) bagi manfaat 3,886 bakal jemaah haji dari negeri itu.


Insentif ini memperlihat kesungguhan kerajaan negeri memelihara kesejahteraan rakyat.
BKJ ini juga bagi memastikan persiapan menunaikan haji dapat dilaksanakan dengan sempurna dan teratur khususnya persediaan merangkumi aspek rohani, mental dan fizikal serta latihan praktikal berkaitan ibadah haji. - KitaReporters

