Berita Terkini| 2 pemancing maut dipanah petir! Mangsa berteduh di bawah pokok di kolam ikan!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan… Kedua-dua pemancing di panah petir ketika berteduh di bawah pokok tepi kolam. - Kredit foto: myfishingroad.blogspot.com 


DUA lelaki yang juga pemancing maut dipanah petir ketika berada di Kolam Ikan Empang Kampung Cempaka, Lanchang, Temerloh dalam kejadian kira-kira 3.30 petang, pada 25 April 2021.

Mangsa, Muhammad Farhan Zainal Abidin, 20, dari Kampung Rantau Panjang dan Muhamad Fitri Fahmy Hashim, 27, sebelum itu berteduh di bawah pokok terletak di tepi kolam ketika hujan lebat yang disusuli petir.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu daripada pembantu perubatan Klinik Kesihatan (KK) Lanchang, kira-kira jam 4 petang.

“Kedua-dua mangsa tiba di kolam memancing berkenaan sekitar jam 12.30 tengah hari bersama tiga lagi rakan mereka berusia 22 hingga 47 tahun. Ketika memancing, cuaca hujan dan mangsa dikatakan berteduh di bawah pokok.

“Seorang rakan mereka  balik ke rumah mengambil telefon yang tertinggal, manakala dua lagi rakan ambil joran untuk pulang sebelum melihat kedua-dua mangsa rebah dan dipercayai pengsan.

“Mangsa terus dibawa ke KK Lanchang oleh rakan-rakannya namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik berkenaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk tujuan bedah siasat,” katanya dipetik oleh Sinar Harian, 26 April 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0

Copy Link: