GARA-GARA berang melihat isterinya berborak dengan seorang lelaki yang juga merupakan jiran sekampungnya di hadapan rumah, seorang suami dari Baberu, Uttar Pradesh di India hilang pertimbangan sehingga sanggup memenggal kepala isterinya sendiri, baru-baru ini. Mak oiii! Sampai begitu sekali!! : KitaReporters

Kinnar Yadav berjalan kaki ke balai polis untuk menyerah diri sambil memegang kepala isterinya yang dipenggal di rumah mereka di bandar Baberu, Uttar Predesh,baru-baru ini. Foto kredit DNA India.


Lagi cerita-cerita berkaitan pembunuhan:

https://kitareporters.com/search?search=pembunuhan


Memetik Daily Star, Kinnar Yadav dikatakan pulang bekerja cemburu melihat isterinya yang berusia 35 tahun berborak mesra dengan jirannya

Ketika kejadian itu anak kepada pasangan itu tidak berada di rumah.

Lelaki berusia 40 tahun itu dikatakan terus mengambil sebilah kapak di dalam rumah sebelum menyerang lelaki berkenaan

Akibatnya. jiran itu cedera parah akibat dipukul Kinnar dan dihantar segera ke hospital oleh penduduk kampung.

Dia kemudian pulang semula ke rumah dan mengamuk sebelum bertindak memenggal kepala isterinya menggunakan sebilah kapak yang digunakan untuk menyerang jirannya sebelum ini.

Keadaan itu menyebabkan isterinya terus meninggal di rumah mereka akibat dipenggal kepala

Allahu…sedar ke tidak tu?

PENDUDUK kampung memenuhi rumah mangsa selepas mengetahui kejadian zalim yang dilakukan oleh suaminya sendirinya.


Menyedari isterinya cedera parah dan meninggal akibat perbuatan kejamnya sehingga terputus kepala isterinya, Kinnar terus membawa kepala isterinya yang berlumuran darah itu ke balai polis sejauh tiga kilometer untuk membuat laporan dan menyerah diri.

SANGGUP berjalan sejauh tiga kilometer ke balai polis untuk menyerah diri.


Orang ramai yang melihat kejadian terus menghubungi pihak polis. Malah foto Kinnar memikul kepala milik isterinya ke balai polis menjadi tular dalam media sosial.

Dia kini ditahan pihak berkuasa dan siasat lanjut sedang dijalankan.

Kalau cemburu pun agak-agaklah! Jangan ikutkan perasaan, perkara boleh bincang kot! Semoga kezaliman yang berlaku itu tidak berulang di tanah air kita sendiri. - KitaReporter

6
10
2
2
6

Copy Link: