Video| Gara-gara kentut! Lelaki tikam teman baik sehingga mati! Sakit hati kerana kentut di depannya!

Published by
KitaReporters


KENTUT atau buang angin tidak mengenal sesiapa pun dan kejadian mengentut itu mengakibatkan seorang lelaki di Pasangkayu, Sulawesi Barat, Indonesia telah menikam beberapa kali pada tubuh rakan baiknya sehingga maut akibat mangsa sering berkentut di hadapannya.

Dalam kejadian yang berlaku di Desa Bulumario, Kecamatan Sarudu pada petang 5 Mac 2023 lalu, pelaku yang berusia 63 tahun  menikam dengan sebilah pisau di badan dan perut mangsa  berumur 52 tahun kerana tidak berpuas hati terhadap perbuatan mangsa yang tidak menyenangkannya. 


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan kes pembunuhan

PELAKU berbaju putih ditahan polis bersama sebilah pisau dipercayai membunuh rakannnya di Kecamatan Sarudu, Pasangkayu, Sulawesi Barat akibat sakit hati mangsa selalu kentut dihadapannya. - Kredit foto:  Sulbar Express



Kompas.com pada 7 Mac 2023 dipetik berkata, sebelum kejadian itu, mangsa dan pelaku yang merupakan kawan baik tinggal serumah dikatakan telah berkunjung ke rumah seorang jirannya.

Selepas berbual dengan jirannya, mereka minta izin untuk pulang ke rumah mereka yang terletak tidak jauh dari situ.

Kira-kira 15 minit kemudian, dalam perjalanan pulang ke rumah pelaku dan mangsa dikatakan bergaduh akibat pelaku tidak berpuas hati terhadap mangsa yang sering berkentut ketika berada di rumah.

Jiran terbabit berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas mendengar jeritan mangsa yang meminta pertolongan tidak jauh dari rumahnya.

Mendengar suara mangsa yang meminta pertolongan, jiran tetangga itu telah berkejar ke tempat kejadian dan mendapati perut mangsa berlumur dengan darah jatuh tersungkur ke tanah. Pelaku melarikan diri dengan sebuah motosikal. 

``Semasa mereka berkunjung ke rumah saya tadi, saya melihat pelaku dan mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda mereka bergaduh sebaliknya mereka berbual mesra bersama saya sebelum mereka pulang ke rumah.

``Saya menduga pelaku mungkin berdendam pada mangsa yang dikatakan sering berkentuk di sisinya semasa berada di rumah dan mungkin juga dalam perjalanan pulang itu mereka bergaduh pasal kentut itu,’’ katanya.


MAYAT mangsa dibawa ke hospital - kredit foto : Pagaralampos.com


Ketua Polis Daerah Saradu, IPTU Usman berkata, suspek yang terbabit dengan kejadian tersebut telah ditangkap polis untuk siasatan selanjutnya.

Beliau berkata, pelaku bertindak sedemikian sehingga menikam mangsa dengan sebilah pisau sampai mati akibat mangsa sering membuat pelaku tersinggung dengan percakapan yang tidak menyenangkan selain mangsa selalu buang angin di hadapan pelaku.

Menurutnya, mangsa sering berkentut dan setiap kali buang angin itu selalu dilakukan di sisi pelaku. 

``Sebelum itu, pelaku sudah menasihatkan mangsa supaya tidak berbuat demikian tetapi mangsa tidak mengendahkan sebaliknya mangsa tetap kentut  di hadapan pelaku sebanyak dua kali sebelum kejadian.

``Akibat tidak berpuas hati dengan perbuatan mangsa, pelaku bergaduh dengan mangsa ketika mereka dalam perjalanan pulang dari rumah jiran sehingga membawa pertumpahan darah,’’ katanya. - KitaReporters


Kredit foto : Kompas.com

21
10
0
7
0

Copy Link: