Tolong kami! Bantu Malik Asli! Wartawan sambilan diserang strok dan sakit jantung! Rayu bantuan!
Published bySemasa sihat beliau sentiasa bergerak ke sana ke sini untuk mengumpul maklumat sebelum menulis sesuatu laporan berita.
Begitulah rutin tugas seorang wartawan sambilan (stringer)s apabila sihat bagi menunaikan tanggungjawan menulis berita untuk akhbar arus perdana.

Namun begitu,
sejak dua tahun lalu, A Malik Asli, 67, tidak lagi dapat bergerak kerana
mengalami strok pada sebelah kiri badan dan kaki.
Selain itu, beliau juga menghidap sakit jantung dan kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Dia juga perlu dibantu oleh isteri, Hasnah Itah, dan anak-anak untuk bergerak.
“Saya ada
mohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kerian dan ada
pegawai datang ke rumah tetapi permohonan saya tidak diluluskan,” katanya
ketika ditemui di rumahnya di Kampung Parit Tanjung Piandang, dekat Tanjung Piandang,
Perak pada 17 Mei 2026.
A Malik yang kini mengalami masalah tidak begitu jelas pertuturan berkata, sejak dia terlantar tidak ada mana-mana pihak yang datang melawat dan membantunya.
Menurutnya, banyak wang diperlukan untuk dia mendapatkan rawatan dan terpaksa berulang alik ke hospital.

Sementara
itu, Hasnah berkata, suaminya sudah dua kali menjalani rawatan jantung di
Hospital Pulau Pinang dan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
Hasnah yang
juga menghidap penyakit Tibi (TB) bergantung kepada ubatan untuk memulihkan
penyakitnya itu.
Sesiapa yang
mahu membantu meringankan beban A Malik Asli boleh menghubungi nombor telefon anak
bongsunya Mohd Rusdan di talian 011-5177 4162. - KitaReporters
