Cinta itu buta? Pelajar sekolah nikahi warga emas berusia 71 tahun! Atas kerelaan! Tiada paksaan!
Published by
KitaReporters
--title--
BAK kata pepatah, cinta itu buta dan jikalau cinta tidak buta mana mungkin seorang pelajar perempuan sanggup melupakan alam persekolahannya demi bernikah dengan seorang warga emas berusia 71 tahun di Desa Batu Lappa, Kacamatan Luwu, Sulawesi Selatan, Indonesia, baru-baru ini.
Pe
lajar terbabit yang hanya dikenali sebagai TA, 18, masih lagi bersekolah di Sekolah Menengah Atas (SMA) Desa Batu Lappa sebelum melangsungkan perkahwinan dengan suaminya, H Buhari lapor, Tribun Sulsel pada 8 April 2026.
Meskipun usia mereka berbeda 53 tahun, pelajar sekolah terbabit mengakui penikahannya dengan warga emas tersebut tiada paksaan dari keluarganya sebaliknya atas kerelaan hatinya sendiri.
Viral video pernikahan pasangan pengantin berkenaan yang memperlihat majlis persandingan mereka dilangsungkan dalam suasana meriah selain TA juga sentiasa gembira bersama suaminya di atas pelamin.
Ada dalam kalangan warga setempat mengatakan TA tidak sepatutnya berkahwin kerana usianya masih muda lagi dan sepatutnya pelajar itu meneruskan persekolahannya.
Namun, ada juga yang mengatakan pelajar itu berkahwin dengan warga itu kerana H. Buhari mempunyai harta yang banyak dan kebun yang luas.

Sementara itu, Ketua Kampung Batu Lappa, Muhammad Arsad berkata, pernikahan pasangan itu telah dimaklumkan kepadanya tetapi ia tidak melibatkan pemerintah di wilayah itu kerana faktor usia pengantin tidak mengikuti syarat yang ditetapkan.
Menurutnya, pemerintah di wilayah itu telah menetapkan setiap pasangan yang ingin berkahwin mestilah berumur 19 tahun ke atas.
"Maka kita mendapati TA tidak mencukupi syarat kerana umurnya masih 18 tahun dan pernikahan mereka dilangsungkan atas kehendak keluarganya.
"Bapanya sendiri yang melakukan sendiri upacara angkat nikah anaknya pada 5 April 2026," jelasnya. - KitaReporters
12
12
0
22
0
