Rekod Ramadan| Himpunan Terbesar Iftar di Masjid di JB! Pemasangan Pancut Gergasi di Kuala Kangsar!
Published byHampir 7,000 orang berhimpun bersama dalam majlis berbuka puasa atau iftar pada 14 Mac 2026 di Masjid Sultan Iskandar, Johor Bahru, sekali gus menjadikan ia sebagai himpunan berbuka puasa terbesar di masjid serta diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai 'Himpunan Terbesar Iftar di Masjid'.

Iftar terbesar kali ini menjadikan tradisi berbuka puasa sesuatu yang luar biasa memenuhi ruang dalam dan luar masjid.
Lebih menarik ia turut dihadiri bersama oleh pelbagai bangsa dalam suasana perpaduan yang menyatukan semua bangsa di Masjid Sultan Iskandar.
Program yang menghimpunkan masyarakat darpada pelbagai kaum dan agama membuktikan masjid bukan semata-mata tempat ibadah sebaliknya berfungsi sebagai pusat sehenti komuniti.

Antara aktiviti yang turut diadakan ialah memasak dan mengagihkan bubur lambuk, tazkirah Ramadan, khatam al-Quran serta berbuka puasa beramai-ramai yang melibatkan penyertaan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) serta sokongan individu dan syarikat-syarikat korporat.


Sementara itu, dengan tibanya Aidilfitri, kebanyakan tempat khususnya di kampung dan desa, panjut atau pelita sudah pasti menjadi satu kemestian bagi menghiasi kawasan setempat atau kediaman masing-masing.
Terkini Panjut Gergasi di Kampung Ribu, Kuala Kangsar dihias begitu indah dan menarik dengan bertemakan Masjid Selat Melaka yang memukau siapa sahaja yang melihatnya.



Begitu juga kemeriahan di pesisiran Sungai Perak di pekan Sayong, Kuala Kangar tetap cantik dengan pelbagai bentuk hiasan panjut.
Mencipta dan menghias panjut memerlukan kreativiti dan reka cipta yang menarik supaya ia kelihatan menawan dan sedap mata memandang.
Kreativiti yang dipertonton memperlihat kemampuan dan daya usaha penduduk setempat dalam menghasilkan panjut dengan hiasan yang cantik dan menarik. - KitaReporters



