KEADAAN pelakon veteran, Abu Bakar Juah, 72, dilihat semakin uzur selepas keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak dua minggu lalu. Sehubungan itu, persatuan artis dan artis perseorangan, seperti Didie Alias, memohon para peminat seni mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan beliau. : KitaReporters


Abu Gambar Mac 2020... Abu Bakar Juah kini hanya terbaring dan semakin uzur.


Lagi cerita-cerita berkaitan pelakon: 

https://kitareporters.com/search?search=pelakon


Abu Bakar menghidap kanser usus sejak 2016 dan setelah melakukan beberapa siri kimoterapi, doktor mengesahkannya bebas kanser. Namun, pada awal tahun 2020, sel kanser tersebut kembali aktif dan mula merebak ke hati. Kini Abu Bakar hanya terbaring dan tidak mampu memberikan maklum balas dengan baik.

Abu Bakar yang berasal dari Taiping, Perak, berkahwin dengan Rusidah Mohd Yassin sejak 1980. Mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Drama terakhir yang pernah dibintangi Abu Bakar Juah adalah Mr Grey pada 2018.

Abu Bakar sering membawa watak antagonis sesuai dengan wajahnya.


Selain persatuan artis seperti Seniman dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), ramai juga rakan artis datang melawat termasuk pelakon Didie Alias. Pelakon komedi itu berkongsi satu video dalam akaun Instagramnya ketika dia sedang melawat Abu Bakar.

Dalam video tersebut, kelihatan Didie berpakain serba oren berjalur putih sedang mencium dahi dan tangan Abu Bakar yang hanya berbaring dan berdoa.

“Ya Allah ya Tuhanku Kau permudahkanlah urusan ayahanda kami @abubakarjuah. Sesama kita sedekahkan al-Fatihah buat ayah ya,” mohon Didie Alias.

Suasana pilu itu meruntun hati bukan sahaja netizen tetapi juga rakan artis yang turut meninggalkan mesej dalam ruangan komen.

“Lepas habis shoot ni aku pergi @ladydidiemsia ya Allah moga dipermudahkan urusan abang @abubakarjuah,” tulis pelakon Anne Abdullah.


Semoga dengan berkat doa orang ramai, Abu Bakar diberikan kembali kesihatan yang walafiat. Masih terbayang-bayang watak antagonis yang sering dibawanya dalam drama yang dibintangi. - KitaReporters

1
1
25
2
3

Copy Link: