Lain daripada yang lain. Kreatif dan jauh ke hadapan dalam urusan pengebumian jenazah umat Islam di Melaka tidak lama lagi.


Kubur tradisional yang kelihatan berselerak dan tidak teratur kini.

Melaka akan menjadi negeri pertama dalam negara yang akan melaksanakan sistem pengurusan tanah perkuburan moden yang dikenali sebagai kubur digital.

Malah Melaka tidak lama lagi akan memperkenal konsep menyiapkan dan menyediakan 10 lot kubur yang telah siap digali dan hanya menanti jenazah sahaja.

Untuk lebih sistematik lagi kubur asal sedia ada sehingga akhir akan turut diberikan nombor bagi memudahkan keluarga atau waris.

Apabila setiap kubur mempunyai nombor ia memudahkan para waris untuk merujuk kubur-kubur lama sedia ada sehinggalah kubur terkini.


Inisiatif Kubur Digital yang akan dilaksanakan di Melaka tidak lama lagi.

Adalah difahamkan langkah sebegini bertujuan untuk mengelakkan kesulitan sekiranya penggali kubur yang bertugas mempunyai urusan lain atau berada di luar kawasan.

Kewujudan 10 kubur yang siap digali pula lebih memudahkan tugas penggali kubur kerana mereka hanya perlu menyiapkan liang lahad sahaja.

Lebih efisien lagi apabila para waris hanya menziarahi kubur dengan menjadikan nombor kubur sebagai rujukan terutama kubur-kubur lama.


Kubur Digital yang akan dilaksanakan di Melaka tidak lama lagi.

Diyakini kubur digital seumpama ini mampu mengatasi masalah pencarian kubur secara tradisional dan tidak sistematik yang menjadi amalan sebelum ini.

Kampung Pulau di Masjid Tanah telah dipilih sebagai lokasi perintis bagi pelaksanaan ini sebelum ia diperluas ke seluruh negeri secara berperingkat-peringkat.

Sistem pernomboran digital ini juga akan lebih memudahkan pihak pengurusan perkuburan serta waris dan keluarga yang menziarahi tanah perkuburan. - KitaReporters

16
12
0
12
0

Copy Link: