Walaupun Ramadan semakin berakhir golongan yang memerlukan tetap diingati dan disantuni di mana sahaja mereka berada.


Pelajar tahfiz Sirajul Quran diraikan pada satu majlis Iftar pada 15 Mac 2026 di Surau Al-Hidayah, Butterworth.

Begitu juga dengan pelajar tahfiz dari Sirajul Quran, Seberang Jaya serta pelajar tahfiz dan anak asnaf dari Jalan Baru, Bukit Mertajam.

Bagi meraih pahala berganda dalam bulan Ramadan, apalagi sepuluh malam terakhir sudah pasti menjadi harapan menggunung setiap umat Islam.

Pelbagai sedekah, infak dan iftar dilaksanakan dengan bermacam-macam cara serta kaedah semata-mata bagi mendapat ganjaran dalam bulan maghfirah kali ini.


Anak-anak asnaf dan pelajar tahfiz yang disantuni bergambar beramai-ramai selepas menerima sumbangan duit raya.

Iftar beramai-ramai dan sumbangan duit raya tetap menjadi prioriti selepas maghrib di Surau Al-Hidayah, Jalan Pantai, Butterworth pada 15 Mac 2026. 

Ternyata iftar dan sumbangan yang diberikan menceriakan suasana  dan menggembirakan para pelajar tahfiz serta anak-anak asnaf.


Para petugas dan penganjur turut sama meraikan pelajar tahfiz dan anak-anak asnaf.

Sementara itu, bersama-sama memastikan aktiviti sempena Ramadan berjalan lancar, sudah menjadi rutin bagi Universiti Poly-Tech MARA (UPTM) dan komuniti Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan di Kuala Lumpur.

Seawal pagi warga universiti dan anak kariah masjid telah bersama-sama menyediakan bahan masakan dengan tugas masing-masing.


Para pelajar UPTM bersama penduduk setempat didedahkan dengan penyediaan bahan masakan.


Lagi pendedahan ramuan masakan kepada para pelajar oleh anak kariah masjid.

Ternyata pembahagian tugas telah melancarkan program memasak bubur lambuk ini sebelum diagihkan kepada masyarakat setempat.

Usaha ini selain dapat merapatkan hubungan silaturahim antara warga universiti dan anak kariah surau setempat, ia juga mendidik para pelajar untuk mencari pengalaman mengenai selok belok menyediakan bubur lambuk untuk kegunaan pada masa hadapan.


Kerjasama anak kariah masjid dan para pelajar UPTM mendedahkan mereka kaedah dan teknik masakan bubur lambuk.

Aktiviti bersama masyarakat setempat sebegini bukan sahaja mendidik para pelajar untuk ringan tulang tetapi mendedahkan mereka mengenai kaedah terbaik gotong royong pada Ramadan untuk masa-masa akan datang. -KitaReporters


Kawah besar yang disediakan bagi memasak bubur lambuk secara gotong-royong.

17
9
0
10
0

Copy Link: