PENDUDUK negeri Terengganu,  khasnya masyarakat Islam di daerah Kuala Nerus tidak perlu panik dengan tindakan pihak berkuasa bertindak menutup operasi sebuah masjid dan surau di daerah berkenaan kerana langkah itu sebagai tindakan awal yang proaktif bagi mencegah dan mengawal penularan COVID-19. : KitaReporters

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus 


Malah, orang ramai diminta terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) setiap masa dan tempat, selain membudayakan amalanyang  disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mencegah wabak COVID-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus ketika memberi peringatan itu berkata, pihaknya menerima makluman mengenai satu kes disyaki COVID-19 yang membabitkan seorang lelaki berusia 30-an pada 18 Ogos 2020 lalu, namun masih dalam proses ujian pengesahan di makmal.

Katanya, berikutan itu, sebuah masjid dan  surau di Kuala Nerus ditutup selama empat hari bermula 19 Ogos 2020 untuk disinfeksi dan nyahkuman berikutan dikunjungi individu dalam ujian pengesahan koronavirus COVID-19.

Beliau berkata,, individu berkenaan tidak bergejala  dan mempunyai sejarah pulang bercuti ke negeri ini dan sepanjang berada di Terengganu pada 30 Julai hingga 15 Ogos, individu itu telah menziarahi sanak saudara dan kenalan rapat di beberapa lokasi.


“Walaupun pengesahan kes masih berjalan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah membuat pengesanan, pengasingan dan ujian saringan ke atas kontak rapat beliau,” katanya dalam satu kenyataan media pada semalam, Rabu, 19 Ogos 2020.

Kenyataan Media Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu


Katanya,  susulan itu pihak JKNT menjalankan proses disinfeksi ke atas surau dan masjid yang dikunjunginya dan mengesyorkan ditutup kepada umum sehingga keputusan ujian pengesahan beliau dan ujian makmal semua kontak diperolehi.

 ‘’Sebagai langkah proaktif untuk mencegah dan mengawal penularan, JKNT telah membuat pengesanan, pengasingan dan ujian saringan ke atas kontak-kontak rapat, meskipun pengesahan kes beliau masih berjalan,’’ katanya.

Kenyataan Media JKNT


Berikutan kes tersebut, pihaknya mengesyorkan masjid dan surau yang terlibat ditutup kepada umum sehingga keputusan ujian pengesahan dan ujian makmal ke atas semua kontak diperolehi.

 ‘’Ingatlah bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berkuat kuasa sehingga 31 Ogos 2020. Marilah kita sama-sama membudayakan amalan 3S/3C dan 3W sebagaimana saranan Kementerian Kesihatan (KKM)," tambah beliau. - KitaReporters

0
1
5
0
0

Copy Link: