Video| Hebat kau, bang! Lelaki kahwini 8 wanita muda! Duduk 4 bilik berasingan! Bawah 1 bumbung!

Published by
KitaReporters


POLIGAMI bagi wanita adalah racun mungkin hanya satu dalam seribu menerima selebihnya menganggap sesuatu yang memedihkan.

Namun bagaimana pula bagi mereka yang berpoligami tetapi hidup sebumbung dan hidup aman dan bahagia.

Pasti mustahilkan? Tapi tidak bagi seorang lelaki dari Thailand apabila berjaya menghimpunkan lapan orang isterinya di bawah sebumbung.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan poligami


Tabik springlah bro ni! Lebih mengejutkan, setiap isteri ditempatkan di dalam empat bilik tidur berasingan.

Itulah yang berlaku kepada seorang pelukis tatu, yang menjadi perhatian dalam media sosial apabila mempunyai lapan isteri dan tinggal sebumbung dalam suasana bahagia.

Ong Dam Sorot mendedahkan dia tidak memiliki banyak rumah tetapi memiliki ramai isteri sahaja.

Malah kesemua itu tinggal bersama dalam keadaan aman damai di bawah satu bumbung sebagai satu keluarga besar yang bahagia.



Kisah rumah tangga itu dikongsi melalui media sosial, YouTube pelawak Thailand yang ditonton lebih 3 juta tontonan.

Kongsi lelaki bertuah itu perkahwinan dengan kesemua isterinya direstui isteri yang dia yang lebih tua. Malah dia tidak pernah merahsiakan setiap kali mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Menerusi perkongsian dalam media sosial, lelaki berkenaan berkongsi pengalaman bagaimana mereka boleh berkenalan dan bercinta dengan kesemua isteri.

Sementara itu, bagi tujuh wanita yang bersetuju mengahwini Ong meskipun tahu dia sudah beristeri, kesemuanya akur dan mengakui  jatuh cinta dengan lelaki itu.

Malah, mereka dengan rela hati dan bersedia untuk berpoligami. 

Kini pelukis tatu itu menanti saat bahagia apabila dua daripada isterinya sedang mengandung dan menunggu hari untuk melahirkan zuriatnya. 



Menariknya, menerusi program berkenaan, dia  memperkenalkan satu demi satu isterinya dan bagaimana mereka boleh berkahwin.

Kini kesemua lapan wanita itu mengakui bahagia dengan kehidupan mereka walaupun terpaksa berkongsi suami dan menunggu masa untuk 'bersama' individu yang dicintai.

Kongsi lelaki bertuah itu, ramai menyangka dia seorang yang kaya sehingga mampu beristeri ramai.

Hakikatnya, lelaki itu menjelaskan semua tidak benar kerana setiap daripada ahli keluarga dan isteri- isteri memainkan peranan sendiri dalam meneruskan kehidupan.

Malah isteri-isterinya turut berniaga dalam pelbagai jenis peniagaan sebagai komitmen meneruskan kehidupan melalui perniagaan seperti kosmetik, makanan, aksesori buatan tangan dan pelbagai jenis perniagaan lain. - KitaReporters


8
12
0
14
1

Copy Link: