DALAM keadaan mendesak hari ini ramai yang diberhentikan kerja, dipotong gaji atau dipendekkan waktu bekerja sehingga menjejaskan pendapatan bulanan yang diterima. Sesuatu yang tidak wajar mengatakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) adalah golongan yang tidak  perlu khuatir dan sentiasa akan dibantu. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan OKU:

https://kitareporters.com/search?search=OKU


Seperti bidalan orang tua berkata, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Usaha yang gigih pasti mendatangkan manfaat dan rezeki yang berlipat kali ganda, caranya bersemangat!

Seringkali kita mendengar penghantar makanan dibarisi golongan sempurna dan sihat, maka sesuatu yang luar biasa jika penghantar makanan itu adalah OKU.


Abang rider FP bersiap sedia menunjukkan bagaimana golongan ini memulakan kerja


Kita patut memuji mereka kerana golongan OKU ini masih tabah mencari rezeki halal tanpa meminta-minta.

Yalah! Kalau kita susah sampai bila harus dibantu, kudrat masih ada cuma tidak sempurna sahaja.

Menerusi satu video tular yang viral baru-baru, ini seorang penghantar makanan dari agensi penghantar makanan Foodpanda Malaysia (FP) menunjukkan bagaimana kaedah OKU bekerja seperti orang sempurna yang lain.


Kecacatan bukan penghalang sebagai penghantar makanan berwibawa


Tutorial yang dirakamkan jelas menunjukkan bahawa golongan ini mampu melaksanakan tugas walaupun rata-rata netizen memandang enteng kemampuan mereka melaksanakan tanggungjawab.

Lebih 35,000 jumlah sukaan, 3,900 perkongsian dan 1,700 komen yang memuji semangat waja anak muda itu dalam mencari rezeki dengan cara dan kaedah mampunya.



Secara sinis turut menemplak golongan sihat dan normal yang lain yang tidak mahu bekerja lebih dan senang dengan keadaan yang tidak mencukupi ini.

Lihatlan kepada kudrat kita yang masih ada, sesuatu yang malu dibandingkan dengan mereka, sedangkan kita??

"Tahniah atas daya usaha mencari rezeki yang halal, tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nak dikeluarkan, kebanyakan rakyat Malaysia meroyan nak keluar duit KWSP.

"Sempoi. Alhamdulillah! 

"Bagus hebat mantap semoga dipanjangkn umur murah rezeki, Allah maha esa, penyayang pengampun, Amin!

"Walaupun OKU namun tidak menghalang brother ni mencari rezeki, semoga rezeki bertambah", antara komen-komen netizen yang kagum. 




Respons netizen dalam laman sosial


Ketahuilah bukan mudah menjadi mudah dan terlalu mudah jika mahu menjadi susah.

Mereka adalah frontliner di hati kita  sedarlah bahawa Tuhan memandang tinggi pada mereka yang memberikan kebaikan serta perkhidmatan pada yang memerlukan.

Ding dong! Hai! Saya penghantar makanan anda! - KitaReporters

13
0
0
0
0

Copy Link: