Video| BASS #2! Mekyun & Mr Pov dijodohkan netizen! Bukti penyatuan bangsa guna bahasa Melayu!

Published by
KitaReporters

SEORANG tu Mek Kelantan, suka makan budu dan seorang lagi suka makan banyak sebab dia cakap tiga batang lemang boleh dia habiskan semudah "macam makan kacang". 




Pasangan itu Mekyun dan Adrian Mr POV kini digelar sebagai BASS kedua selepas Syed Saddiq dan Bella Astilah.

Dan ketika ini mereka sedang hangat digalakkan untuk saling mengenal diri dan seterusnya bercinta sampai ke jinjang pelamin.

Itu adalah harapan dan betapa sayangnya netizen yang berdoa mereka berkawan sehingga memutikkan bunga-bunga percintaan.

Mereka "dijodohkan" oleh warga Malaysia selepas "kejadian"  malam perayaan Tahun Baharu Cina yang sambutan hari ke-15 dikenali sebagai Cap Goh Meh apabila gadis bujang dikehendaki sertai acara membuang buah limau ke laut dengan memasang niat mencari jodoh.




Inilah yang dibuat oleh Mekyun bersama keluarganya ketika dia membuat acara baling buah limau ke laut dengan pasang niat mencari jodoh. 

Masa Mekyun baling tiga biji limau ke laut itu, dia sempat bertanyakan warga sama ada impiannya hendak mendapat jodoh itu ada atau sebaliknya.



Tertiba satu negara membuat pencarian calon dan mereka terus menamakan Mr POV sebagai teman terbaik kerana ada ciri-ciri lelaki impian Mekyun itu.

Adrian atau Mr Pov yang ikut biodatanya berasal dari Jawa, keturunan Cina dan ada pula dilaporkan dia beragama Islam dan Kristian.

Tidak disangka cabaran untuk berdating itu disambut oleh mereka. 

Video rakaman mereka mulanya tidak ditunjukkan mereka dating itu. Cuma ditampilkan Mekyun dijemput oleh seseorang untuk berbuka puasa dengan menikmati nasi kerabu dan ada budu. 

Lelaki dalam rakaman itu seperti suara yang cukup dikenali oleh netizen.

Episod seterusnya barulah ditontonkan mereka berbual dalam kereta. Saling usik mengusik dan ternyata yang ketara pasangan itu memang mudah ketawa. 


Ini dilihat cara Mekyun tergelak besar bila ditegur oleh Mr POV yang kemudian ditunjukkan gambarnya gelak sambil nampak gigi penuh itu.


Namun melihat kepada gaya kemelayuan Mr Pov itu, orang sudah boleh agak dia lelaki penuh adab sopan, budiman dan acah-acah lelaki pemalu tapi "kuat makan".

Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee anak bongsu kepada Brigadier Jeneral Datuk Wee Han Siew, bekas Panglima Briged Artileri Roket Malaysia.

Kata abang Mekyun, mana-mana lelaki yang masuk meminang adik mereka kena lalui tiga peringkat daripada abang sehingga bapa mereka.

Mekyun pula bila ditanya oleh Mr POV lelaki bertaraf macam mana pilihannya -- gaji besar atau kaya dan wataknya?

"Tak perlu kaya asalkan lelaki itu rajin berusaha dan dia mestinya seseorang yang kemas," jawab Mekyun yang disambut oleh Mr POV dengan kata-kata dia tinggi.



Mekyun  berusia 27 tahun menarik perhatian kerana fasih berbahasa Melayu terutama dialek Kelantan dan dia juga adalah pemegang ijazah kejuruteraan kelas satu dari Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM). 

Ibunya keturunan Cina Thai dan Mekyun mempunyai tiga abang yang dua daripada menjadi pempengaruh sepertinya termasuk Abe Wee.

Sebelum menjadi pempengaruh sepenuh masa, Mekyun pernah menimba pengalaman bekerja di Stesen TV3, ekskutif kebudayaan di AirAsia dan pengacara serta berlakon drama dan beberapa siri dokumentari dan hiburan.

Mekyun dan Mr POV dianggap bintang ikon negara yang serasi kerana kecekapan mereka menggunakan bahasa Melayu khususnya bahasa Kelantan yang dijadikan asbabnya oleh netizen untuk mengangkat mereka sebagai ikon.



Dengan harapan dalam konflik kaum sekarang, mereka menyatukan semua kaum di negara ini menggunakan bahasa kebangsaan.

Mr Pov pula bermula dengan acara makan bersendirian memberi inspirasi kepada golongan bujang untuk berani tampil makan secara solo di gerai.

Ramai terutama gadis dan lelaki bujang sebelum ini segan untuk makan secara begitu kerana anggapan mereka dipandang "pelik". 



Mr POV mengunjungi tempat makan sama ada di hotel atau di gerai, malah di bazaar Ramadan pun dia berbelanja memberi makanan berbuka puasa.

Dia merakam apa yang ditempahnya itu secara bersendirian dengan tema tertentu siap dengan hashtag (tanda pagar) "bila masuk gaji, dinner dengan makanan western.".



Atau ketika dia lapar waktu tengah hari, dia memesan sejumlah makanan sehingga berharga lebih RM1,000 semata-mata untuk tontonan pelayar media sosialnya. - KitaReporters

17
17
0
14
0

Copy Link: