BAGI kaum lelaki sekiranya anda berkemampuan untuk berkahwin lebih daripada satu, kahwin sahajalah kerana tiada siapa melarang dan ia apatah lagi agama Islam tidak pernah menegah kaum lelaki berbuat demikian asalkan mereka berlaku adil dengan tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri yang sedia ada serta anak-anak. 

Berkahwin dua, tiga atau empat isteri sememangnya menyeronokkan bagi lelaki dan ada juga dalam kalangan mereka merasa dirinya hebat kerana mempunyai suri rumah lebih daripada seorang.

Tetapi ingat jangan sekali-kali anda lupa tanggungjawab tentang makan minum, nafkah dan wang ringgit kepada isteri pertama atau kedua, ketiga atau keempat serta anak-anak yang juga merupakan darah daging anda sendiri kerana semuanya akan dipersoal oleh Allah kelak.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan amalan berpoligami


Dalam hal ini, satu kisah dipaparkan yang amat menyedihkan terpaksa dilalui seorang isteri yang mempunyai tujuh orang anaknya terutama soal makan minum dan wang belanja harian terabai  selepas suaminya berkahwin isteri kedua.

Wanita tersebut merupakan pesakit mental dan hidupnya bergantung dengan ubat psikiatri dari hospital bagi mengawal emosinya agar tidak menjadi agresif.

Menurut kisah itu, sayunya kehidupan isteri pertama bersama anak-anaknya yang berusia 4 sehingga 14 tahun yang dipercayai tinggal di Selangor itu setelah suaminya mengabaikan tanggungjawab terhadap mereka sehingga suaminya dikatakan jarang pulang ke rumah akibat tinggal bersama isteri muda.

Keperitan serta kesengsaraan yang terpaksa ditempuhi isteri tua bersama anak-anaknya bukan setakat makan minum serta perbelanjaan harian yang tidak terurus tetapi rumah sewa yang keluarga malang diami itu kini terpaksa dikosongkan akibat mereka tidak mampu lagi menbayar setiap bulan sejak Oktober 2022 lalu.



Masalahnya, tuan rumah tidak sanggup lagi memberi tempoh tertunggak kepada wanita itu kerana tuan rumah juga menghadapi masalah kewangan untuk membayar bulanan pinjaman perumahan tersebut.

Bagaimanapun, masalah yang dihadapi wanita itu telah mendapat perhatian oleh Skuad Saidina Umar (SSU) Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menyantuni ibu yang hidupnya begitu tertekan di rumah sewanya pada 5 Februari 2023 lalu.

Syukur dan alhamdulillah, SSU yang mengambil tindakan segera bersetuju menjelaskan tunggakan sewa rumah itu dan LZS   selanjutnya akan membayar sewa bulanan rumah yang didiami lapan beranak itu.


SEORANG pegawai LZS menyampaikan sumbangan wang kepada isteri pertama yang merupakan pengidap penyakit mental di rumahnya di Kuala Lumpur pada 5 Februari 2023 lalu. - kredit foto : LZS 


Melalui pengkongsian dalam Facebooknya pada 5 Februari 2023, LZS juga memberi sumbangan kewangan serta bantuan lain dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dijangka akan turut tampil bagi menghulurkan bantuan kepada keluarga terbabit.

Masalah wanita itu bukanlah berakhir setakat itu sahaja malah SSU akan melapor kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapat bantuan menerusi khidmat kaunseling serta undang-undang buat pelindungan keluarga mereka.


PEGAWAI dan petugas SSU berkunjung ke rumah sewa wanita terbabit (kiri) yang mempunyai tujuh orang anak. - kredit foto : LZS


Khabarnya, suami wanita itu tidak selalu pulang ke rumah selepas suaminya berkahwin wanita lain dan menguruskan keluarga baharu. 

Hal ini menyebabkan tekanan isteri pertama bersama keluarga semakin parah sehingga anak sulung yang berusia 14 tahun kini terpaksa menerima rawatan psikiatri akibat kerap mengamuk dan tidak dapat mengawal perasaannya mengakibatkan anaknya perlu mengambil ubat penenang setiap hari. 

Ingatlah poligami itu ada kaedah dan prosudernya. Berlaku adillah dan jangan menzalimi serta melepaskan tanggungjawab utama. Semuanya akan dipersoal di hadapan Allah kelak. - KitaReporters


14
12
1
9
0

Copy Link: