ADA apa dengan nilai duit 1 sen?? Jangan tidak tahu, kata orang tua dahulu "duit 1 sen kalau disimpan hari-hari boleh dibuat rumah banglo tau!" Bagi yang lahir sekitar tahun 80-an sehingga 90-an pastinya anda mengingati kisah ini tanpa gagal! Pasti!! Kisah seorang Eksekutif Bank yang menggodam sistem perbankan dan mengambil 1 sen setiap pemilik akaun yang berdaftar. : KitaReporters

Antara keratan akhbar pada ketika itu yang melibatkan rompakan 1 sen oleh seorang eksekutif bank.


Duti 1 sen kalau dikumpul dari 10 juta akaun pemilik, agak-agaknya berapa ya?? Kira dan nilailah, anda lebih mahir.

Biasanye kes-kes rompakan yang melibatkan jumlah wang puluhan juta ringgit di bank-bank memerlukan strategi yang cepat dan tangkas.

Mana tidaknya risiko yang diambil tersangat berat, bukan seperti mencuri kurma di kedai Aceh bahkan jika disabitkan kesalahan boleh di penjara semaksimum hukuman dan sebat.

Allahu! Nauzubillah hi minzalik!!

Biasanya rompakan besar ini dilakukan oleh individu yang mempunyai keberanian dan semangat yang tinggi akibat terdesak.

Namun tahukah anda apa yang berlaku pada tahun 1989 yang menjadi tanda tanya dan bualan rakyat Malaysia ketika itu??

Ya, kes ini boleh dikategorikan sebagai rompakan dan jenayah, ramai yang tidak menyangka ia dilakukan dengan begitu licik dan teratur.

Apa yang lebih menarik ianya dilakukan oleh seorang individu yang berjawatan hanya seorang eksekutif bank yang bergaji sekitar RM2,000 ketika itu.


Aman Shah yang pernah bekerja sebagai Eksekutif Bank berjawatan sebagai ketua Jabatan Pemprosesan SPEED iaitu Jabatan Pemindahan Elektronik untuk Dana dan Sekuriti


Tetapi dengan menjalani kehidupan yang sangat mewah dengan memiliki sport cars menjadi tanda tanya dan ingin tahu pada setiap orang yang memandangnya.

Jika hendak tahu dari situlah bermula kegiatan tersembunyinya 'kantoi'.

Entiti yang dimaksudkan adalah Aman Shah Ahmad yang dilahirkan pada 9 Oktober 1966 dan merupakan seorang graduan perakaunan dari Institusi Teknologi Mara kini dikenali Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bukan Aman Shah penyanyi lagu kepulangan yang dinanti tu ya!

Dia yang bekerja di Hock Hua Bank cawangan Raja Laut dikatakan seorang pekerja yang rajin dan cekap.

Sampailah satu ketika di mana majikannya menghantar untuk mengikuti khursus komputer dan dari situlah dia mempelajari bagaimana untuk melaksanakan agendanya.

Dikatakan dia telah memindahkan wang berjumlah 1 sen ke akaun proksinya hari-hari melalui akaun yang berdaftar di Hock Hua Bank tempatnya bekerja.

Modus operandi yang dilakukan berjaya mencapai jumlah sehingga RM4.01 juta!!

Benar kata pepatah orang dahulu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. 

Kes Aman Shah telah berjaya dihidu oleh pihak polis dengan disabitkan kesalahan empat pertuduhan menipu:

  • 1. Menipu sebanyak RM765.343 di Hock Hua Bank Bhd, Wisma Mui San, Jalan Raja Laut pada 13 Mac 1990,
  • 2. Menipu sebanyak RM634,656.60 di tempat yang sama pada 16 Mac 1990,
  • 3. Menipu sebanyak RM882,629.80 di tempat yang sama pada 23 Mac 1990, dan
  • 4. Menipu sebanyak RM717.370.20 di tempat yang sama pada 27 Mac 1990.

Aman Shah ditangkap dan disabitkan empat pertuduhan menipu


Kini dia tampil menerusi platform media sosialnya @Aman Shah dalam Facebook tetapi kali ini dengan wajah dan semangat yang baharu.

Difahamkan berpandukan pengalaman 'curi 1 sen' yang lalu, dia akan menghasilkan sebuah buku tauladan dan motivasi bagaimana kejadian yang dilakukan itu boleh lolos dan berjaya sehingga tertangkap dan didakwa.

Kredit foto: my.carousell.com


Mungkin langkahnya untuk memperkenalkan buku itu akan ditentang oleh segelintir netizen dan pencinta buku, tapi jika untuk ikhtibar dan keinsafan, apa salahnya.

Semoga ia memberi manfaat dan tidak disalahtafsirkan.

Sehingga hari ini, ramai yang memberikan spekulasi bahawa aktiviti mengodam wang 1 sen itu dilakukan dengan menggunakan teknologi Google pixel phone.

Sedangkan ketika itu kemajuan dunia IT belum sampai lagi di Asia Tenggara, Blackberry pun orang tidak mengetahui itu apa!

Biasalah tabiat netizen tuduh dahulu, selidik kemudian!

Apa yang melucukan, ada pula yang memberikan andaian bahawa dia mencuri dan menggodamnya menggunakan kuasa cincin Thanos iaitu salah sebuah karakter antagonis penguasa dunia dalam filem Avengers: Infinity War.

Mengarut! Kelakar bukan??

Yang pastinya, Aman Shah masih merahsiakan kandungan isi bukunya yang sehingga kini menjadi rahsia dan persoalan pengikutnya dan pengguna alam maya di Malaysia.

Selain itu dalam ruangan komen serta bualan hangat terus berlegar-legar dalam media sosial menerusi salah satu status yang dimuat naiknya menjadi 'laku' dengan pertanyaan dan andaian meliar netizen untuk mencari 'clue' bagaimana aktiviti mencuri berjaya lolos tanpa pengetahuan majikan.

Walaupun mewah dan senang sekejap!

Pelbagai kaedah, cara dan kira-kira dikongsikan oleh netizen yang menurutnya menyimpang namun, tetap dilayannya sehingga menemukan jawapan yang paling hampir dan tepat, malangnya tetap dirahsiakan juga.

Status yang dimuat naik dalam Facebooknya



Rata-rata netizen menyambut baik langkah Aman untuk menulis dan membukukan pengalamannya itu sebagai kebaikan yang boleh diambil.

Bagi mereka (netizen) kejadian 'curi 1 sen' itu merupakan pengalaman emas yang perlu dikongsikan tatkala pada ketika itu istilah 'hacker' masih belum wujud.

Pelbagai pertanyaan membelenggu minda!

Benar, mungkin pelbagai sisi negatif akan menyelubungi kandungan buku itu, mudah sahaja! 

Buang yang keroh , ambil yang jernih!!

Aman Shah menerusi salah satu statusnya memberitahu semoga matlamat perkongsian ini mencapai sasarannya, bukan untuk menunjukkan sesuatu yang keji tetapi mengangkat seberapa banyak pedoman untuk masyarakat bangun dan berjaya.

Katanya sebelum dia memejamkan mata sedikit sebanyak ilmu-ilmu positif dapat diturunkan dan dikongsikan kepada pembaca yang sudah memilikinya.

Ya memang rugi siapa yang tidak memilikinya kenangan 54 tahunnya yang dibukukan sarat pengalaman, pengajaran dan pembawaan!

"Cuma sinopsis buku ini adalah prioroti.

"Nak kerah keluar memori otak selama 54 tahun yang lalu, bukan mudah panjang ceritanya.

"Satu kampung nak kenal, tak habis-habis nak belajar ilmu hacker (godam)," selorohnya dalam posting berkenaan.


Antara respons netizen dalam alam maya


Walaubagaimana pun, diharapkan penghasilan dan pembukuan buku pengalaman " curi 1 sen" itu berjaya dihasilkan dan dilancarkan.

Ingat! Buang yang keroh ambil yang jernih, jadilah kita sebagai masyarakat yang mencintai ilmu dan buku.

Bukan memilikinya sekadar untuk memperlakukan yang negatif dan mempelajari perbuatan yang pasif, hanya dapat mengorek iktibar mulia dalam kejahatan yang sudah terlanjur.

Apa pun ramai yang menantikan pengeluaran dan penghasilan buku pengalaman emas yang diibaratkan netizen ini.

Pengalaman lalu haruslah dijadikan sempadan untuk mematangkan perilaku dan cara berfikir pada masa-masa akan datang.

Serba sedikit, bukan nilai 1 sen sahaja yang berjaya diambil sebetulnya, nak tahu?? Tunggu.. - KitaReporters

30
29
3
8
7

Copy Link: