Gara-gara buah pisang, dua jiran warga emas bertengkar! Satu masuk hospital, satu ditahan polis!

Published by
KitaReporters


PISANG menjadi punca dua warga emas bergaduh sehingga menyebabkan seorang daripadanya cedera lalu ia menjadi kes polis.  

Seorang pesara penjara bernama Simon, 79, marah setelah diberitahu bahawa jirannya mencuri pisang daripada kebunnya. Sementara jirannya, seorang nenek bernama E Jama, 90, tidak mengaku mencuri.

Berlaku pertengkaran mulut dan diikuti pergaduhan. Simon merampas tandan pisang daripada Jama, yang kemudian menarik tangan nenek itu dan menampar sebanyak dua kali.

Akibat tamparan itu, Jama terjatuh dan mengalami pendarahan pada bahagian hidung. Mangsa kemuian dikejar ke Hospital Mujaisyah, Kota Palopo, Sulawesi Selatan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sulawesi

E Jama, seorang nenek berusia 90 tahun, terpaksa dirawat di hospital. - Kredit foto: Tribun Sulsel.


Keluarga mangsa yang tidak menerima perbuatan kasar Simon membuat laporan polis di Balai Polis Wara Utara.

Ia disahkan oleh Pegawai Perhubungan Awam, Polis Daerah Palopo,  AKP Edi Sulistyono. 

Ekoran itu, Simon ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut salah seorang anggota keluarga, kesalahan si nenek boleh diselesaikan secara kekeluargaan, bukan menyebabkan kecederaan bagi seseorang yang sudah lanjut usia.

Tambahnya, mereka hidup berjiran. Dia harap sebarang hukuman dikenakan dapat menyedarkan Simon agar dapat mengawal panas barannya.

Jiran bertelagah ini tinggal di Jalan Rajawali, Kelurahan (Kampung) Rampoang, Kecamatan (Mukim) Bara, Kota Palopo, Sulawesi Selatan. - KitaReporters

0
0
0
5
0

Copy Link: