Video| Wang dari langit? Rezeki hujan duit! Warga berebut wang ditabur Ketua RT! Menang bertanding!

Published by
KitaReporters

WARGA di Kelurahan Kedaung Kali Angke, Cengkareng berebut-rebut mengambil wang yang ditabur oleh Ecka Aprianto selepas menang pertandingan Ketua RT baru-baru ini. - kredit foto : Instagram @Junet.Jakarta


KEGEMBIRAAN seorang Ketua Rukun Tetangga (RT) di Kelurahan Kedaung Kali Angke, Cengkareng, Jakarta Barat, Indonesia yang berjaya dalam pemilihan jawatan itu baru-baru ini bukan sahaja membanggakan dirinya serta warga yang menyokong kepimpinannya.

Sebaliknya, sebagai tanda kesyukuran, Ecka Aprianto yang baru sahaja menjawat jawatan Ketua RT di desanya telah menabur beribu-ribu keping wang kertas yang bernilai bagi setiap keping Rp2 ribu (RM0.56 sen) untuk diberikan kepada warga setempat termasuk kaum lelaki, wanita dan kanak-kanak.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan duit dan wang

Kredit foto : Instagram



Bagi warga rezeki yang diperolehi itu dianggap dari`hujan duit’ yang turun dari langit kerana Ecka Aprianto menabur wang tersebut dari atas di rumahnya. 

Sebaik mendengar khabar tentang wang itu, warga berpusu-pusu datang ke halaman rumah Ketua RT itu untuk mengutip wang berkenaan.

Sebuah video `Hujan Duit’ berdurasi 56 saat telah dimuat naik di media sosial oleh akaun Instagram @Junet.Jakarta.


Kredit foto: Instagram


Laporan portal berita dari TribunJakarta pada 4 Disember 2022 lalu dipetik berkata, warga berebut-rebut untuk mengambil wang yang ditabur oleh Ecka Aprianto seolah-olah dianggap dari `langit’.

Penduduk setempat berkata, hujan wang itu bukanlah wang tersebut turun dari langit sebaliknya wang itu ditabur oleh Ecka Aprianto dari atas rumahnya.

Wang itu sebagai kesukuran Ketua RT itu yang baharu menang semasa pemilihan Ketua RT 007 RW 008 Kedaung Kali Angke, Cengkareng baru-baru ini.


Kredit foto : Instagram


Kebiasaannya perkara yang berkaitan dengan kesyukuran itu dilakukan dengan jamuan makan tetapi ia agak kelainan dengan ketua RT itu melakukan dengan menabur wangnya untuk penduduk kampung tanpa dinyatakan jumlahnya.

‘’Syukurlah pertandingan Ketua RT di desa kami berjalan lancar. Ecka Aprianto umur masih muda dan dia menang dapat menjadi Ketua RT yang baharu.

‘’Dalam perebutan jawatan itu hanya dua calon sahaja yang bertanding dan kemenangannya berpihak kepada Ecka Aprianto,’’ kata mereka.

Warga berharap Ecka Aprianto yang dipilih oleh penduduk kampung sebagai pemenang jawatan itu menjadi seorang pemimpin masyarakat yang amanah selain dapat menjalankan dengan sempurna dan jujur demi masyarakat setempat. - KitaReporters


 

8
17
0
10
0

Copy Link: