Alhamdulillah telah terbukti dengan ketara sebanyak 4.3 tan makanan telah berjaya diselamatkan dan tidak terbuang begitu sahaja sepanjuang Ramadan tahun 2026 ini melalui kempen 'Food Rescue' 2026 di Melaka.


Lebihan makanan pasar Ramadan yang telah berjaya dikumpulkan.

Para sukarelawan bertungkus lumus mengumpulkan lebihan makanan sebelum diagihkan.


Melalui kempen di Peringgit, Alor Gajah, Jasin Bestari dan MaIacca International Trade Centre (MITC) ternyata ia bukan sekadar angka semata-mata.

Sebaliknya memperlihat keprihatinan peniaga bazar lokasi terbabit yang tidak mahu melihat rezeki terbuang begitu sahaja.


Para peniaga menyumbangkan lebihan makanan bazar Ramadan untuk diagihkan melalui program 'Kempen Food Rescue 2026'.

Syabas dan tahniah kepada para peniaga yang sanggup menyumbangkan lebihan jualan (lebih makanan) mereka untuk diinfakkan bagi manfaat masyarakat setempat.

Begitu juga dengan para sukarelawan yang telah sanggup bersusah payah dan berhujan panas mengumpul serta mengagihkan lebihan makanan terbabit.


Lebihan makanan yang sedang dikumpulkan sebelum diagihkan kepada masyarakat.
Salah seorang peniaga yang seikhlas hati menyumbangkan lebihan makanan untuk diagihkan.

Sementara itu, alhamdulillah, mualaf termasuk dari keturunan Cina dan India tidak dilupakan walaupun Ramadan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Mualaf yang kembali kepada fitrah Islam (atau dipanggil revert) ini telah diraikan dan disantuni oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di Masjid Jamek Ar-Rahman, Permatang Rambai, Kepala Batas, Seberang Perai Utara pada 14 Mac 2026.


Antara mualaf keturunan India yang turut diraikan sempena majlis Iftar Jamaie di Kepala Batas.

Suasana mualaf yang dirai dan disantuni dalam majlis Iftar Jamaie anjuran JHEAIPP.

Program sebegini memperlihat kepedulian umat Islam terhadap mualaf atau saudara baharu kita dalam menunaikan ibadah puasa serta menyambut lebaran yang begitu hampir.

Usaha JHEAIPP meraikan mereka melalui majlis Iftar Jamaie dan penyampaian saguhati pada program Aidilfitri Saudara Kita ini diyakini mampu menyemarakkan ukhwah Islamiah dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan menjelangnya Aidilfitri yang cuma tinggal beberapa hari sahaja. - KitaReporters


Antara mualaf yang turut disantuni dengan sumbangan Aidilfitri.

Mualaf keturunan Cina yang diraikan dalam majlis Iftar Jama'ie pada 14 Mac 2026.

19
5
0
19
0

Copy Link: