Nak bagi atau tak? Anak dapat duit bantuan belajar! Emak nak separuh! Tak pernah jaga pun selama ni!

Published by
KitaReporters


MENDAPAT tawaran menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi pasti menjadi kenangan terindah bagi pelajar lepasan SPM, kejayaan berkenaan seolah-olah hadiah kepada usaha bertungkus-lumus menghabiskan masa mengulang kaji ketika menghadapi SPM di di peringkat sekolah menengah. 

Bagi yang mempunyai keluarga berkemampuan semesti persiapan rapi dilakukan sebagai permulaan hidup bersendirian di alam kampus.

Namun berbeza bagi pelajar dari golongan kurang berkemampuan yang sering meletak faktor kewangan terutama untuk membayar yuran dan keperluan semasa di kampus adalah masalah utama.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kemasukan ke universiti



Kisah sama turut dikongsi personaliti televisyen terkenal, Fedtri Yahya, menerusi ciapan dalam Twitternya pada 26 Januari 2023 lalu mengenai dilema seorang remaja yang pada awalnya sangat teruja menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di sebuah institusi pengajian tinggi.

Keterujaan menjadi berganda apabila pelajar berkenaan ditawarkan pula bantuan daripada baitulmal negeri sebanyak RM4,000 khusus untuk kegunaan dirinya sepanjang di alam kampus.



Namun di sebalik keseronokan itu menjadi kisah duka dan dilema kepada remaja berkenaan apabila ibu kandungnya yang selama ini tidak pernah pedulikan dirinya hadir menuntut hak.

Lebih mengejutkan ibunya meminta separuh daripada wang bantuan berkenaan.

Menerusi perkongsian itu remaja itu berkata ibunya menjadi individu paling semangat dan gembira selepas mengetahui dirinya layak menerima bantuan berkenaan.



Namun bagi diri si remaja berkenaan ia menjadi perkara yang merunsingkan sama ada mahu menurut perintah si ibu dengan memberikan wang berkenaan atau berkeras menggunakan wang untuk kegunaan di kampus universiti.

“Mak saya suruh bagi kepada dia RM2,000 atau RM2,500 sebab dia yang penat ulang alik photostat barang dan habis duit,” luah remaja berkenaan.

Lebih menyedihkan remaja itu mempersoal adakah dirinya dianggap salah sekiranya tidak memberi wang berkenaan kepada ibu kandung memandangkan selama ini.

Dia juga melahirkan rasa kesal dan mempersoal berhubung penglibatan ibu bapa dalam bantuan kepada pelajar di universiti.



“Kalau tak bagi salah ke?Kenapa bantuan untuk student universiti kena mak bapak yang terlibat,” katanya lagi.

Meluahkan rasa lagi, remaja itu mendedahkan ibu kandungnya tidak pernah menjaga dan mengurus kehidupan tetapi dijaga oleh saudara mara yang lain

Luahan individu berkenaan mendapat perhatian netizen yang kebanyakannya meminta ibu bapa lebih mengutamakan keperluan anak-anak daripada kepentingan diri sendiri.



Kesian dia.. dah penat-penat belajar bila dapat tawaran belajar jadi macam gini pulak.

Semoga awak bijak membuat keputusan, lagipun tidak salah berkeras menggunakan wang berkenaan kerana pemberian bantuan itu juga adalah khusus untuk perbelanjaan di universiti.

Good Luck dik! Belajar rajin-rajin semoga awak berjaya apa yang awak idamkan selepas ini. - KitaRpeorters


10
10
0
11
0

Copy Link: