Sembang-Sembang| Rumah atok nenek panas! Tak ada aircond! Anak cucu balik raya! Syawal penuh ujian!
Published by
KitaReporters
--title--
Syawal 1447H/2026M benar benar menguji ketahanan mental dan fizikal mereka yang pulang beraya di utara tanah air. Kedah, Perlis dan juga Pulau Pinang mengalami cuaca panas yang melampau sehingga ke tahap 1 (berjaga-jaga) dan 2 (gelombang haba).
Pendek kata tinggal dalam rumah pun peluh meleleh satu badan dek panas yang keterlaluan.

Tapi itu bagi mereka yang tidak ada aircond (pendingin hawa) dalam rumah. Bagi yang rumah atok nenek ada aircond tentulah selesa dan anak cucu selesa dapat beraya dengan gembira.
Bagi yang atok neneknya hidup sederhana, ada kipas pun tidak membantu. Berebut pula. Tapi anak menantu bijak, dibeli tambah untuk keselesaan semua ahli keluarga.
Bagi yang have-have tidak ada masalah, checkin hotel atau homestay selesai masalah.
Dengan suhu mencecah antara 38-41 darjah selsius panasnya sehingga nak buka mata pun susah bila berada di luar rumah. Di dalam rumah pula memasak di dapur bagaikan berada dalam oven. Panas yang luar biasa.
Keadaan tersebut menyebabkan ramai yang malas nak keluar beraya di rumah saudara mara dan sahabat.
Tapi ada juga yang macam tidak ada apa-apa berlaku. Sebabnya, dalam rumah ada aircond, masuk kereta pun ada... sejuk badan dan selesa nak beraya.
Nasib baik rumah yang dikunjungi pula ada aircond maka meriahlah Syawal tanpa peduli cuaca panas di luar.

Di bandar Alor Setar waktu malam sesak dengan kereta. Orang ramai keluar bersantai, parking kereta tepi jalan, duduk bersembang. Atau ke restoran dan gerai lepak ramai-ramai.
Ada juga yang membawa anak anak keluar untuk mendapat udara malam yang sejuk. Anak kecil pastinya tidak selesa
untuk tidur dalam keadaan panas. Setakat kipas angin buat masa ini tidak menyelesaikan masalah. Berebut pula tu.
Ada yang memendekkan cuti dan balik ke sarang sebab tak tahan panas. Anak cucu merungut panas tak tahan. Tak selesa.
Atok nenek hilang kata-kata. Tak puas bermesra dengan anak cucu. Mahu tak mahu terpaksa melepaskan mereka pulang dengan doa semoga selamat sampai. Keselamatan dan kesihatan anak cucu lebih utama.

Kedah contohnya dijangka mengalami cuaca panas dan kering bagi tempoh yang panjang.
Keadaan ini memberi kesan terhadap kesihatan orang ramai seperti meningkatkan risiko strok haba jika terdedah dengan keadaan ini secara berterusan.
Orang ramai disarankan untuk mengikuti tip kekal sihat beraya pada musim panas seperti mengurangkan pendedahan terhadap cuaca panas semasa berziarah dan menjaga pemakanan dan peminuman untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum.
Sedikit pesanan. Cuaca panas melampau sekarang menuntut semua pihak untuk lebih peka. Setakat tahun 2026 ini, sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas telah dilaporkan, termasuk satu kes kematian yang sangat menyedihkan melibatkan seorang kanak-kanak.
Kita perlu awasi tanda-tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa, dan suhu badan yang semakin meningkat.
Sekiranya ada tanda-tanda ini, amalkan langkah-langkah pencegahan segera dengan mencari tempat yang teduh, banyakkan minum air kosong, dan sejukkan badan dengan segera.
Paling penting, jangan sesekali tinggalkan anak-anak atau sesiapa sahaja di dalam kenderaan tanpa pengawasan walaupun untuk seminit.


Buat Atok nenek di kampung jangan susah hati. Tahun depan insya-Allah boleh sambut Hari Raya Aidilfitri lagi.
Semoga kita semua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dianugerah kesihatan yang baik untuk raya akan datang.
Nampaknya panas sampai ke petang tanpa hujan di tengah hari.
Jaga diri. Jaga kesihatan. Selamat Hari Raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin. - KitaReporters

15
16
0
14
0
