BOMOH terbabit dibawa dengan kenderaan polis di Telukbetung, Kota Lampung, Sumatera baru-baru ini atas tuduhan mencabul tiga beranak. - Kredit foto: Tribunnews.com 


NIAT di hati tiga beranak dimandikan oleh seorang bomoh tradisional yang handal adalah untuk membersih diri mereka daripada gangguan mahkluk halus selain membuang perkara yang negatif yang sentiasa mendampingi tubuh badan mereka

Namun tidak disangka pula dalam kejadian di Telukbetung, Kota Lampung, Sumatera Selatan pada 10 Mei 2021 lalu, bomoh yang berusia 61 tahun itu mengambil kesempatan untuk mencabul kehormatan tiga beranak tersebut termasuk seorang gadis bawah umur semasa dia memandikan mereka.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan kes cabul

BOMOH berusia 61 tahun ditahan polis untuk siasatan selanjutnya berhubung kes mencabul tiga beranak. - Kredit foto: Tribunnews.com


Bomoh terbabit mendakwa mereka tiga beranak termasuk ibunya terpaksa dimandikan untuk membuang sial yang berada pada tubuh mereka

Menurut bomoh itu lagi, jika mangsa bertiga tidak dimandikan kemungkinan penyakit yang mendampingi pada diri mereka  sejak dari dulu lagi itu akan sukar diatasi.

Sebelum berubat dengan bomoh tradisional itu, ketiga-tiga beranak itu dikatakan sering hidup dalam kemurungan akibat mempercayai bahawa gangguan mahkluk halus sering mendampingi tubuh badan mereka.


 

Kredit foto: IDN Times Lampung


Ketika memandikan mangsa terbabit secara bergilir-gilir, bomoh itu mengambil kesempatan meraba tubuh badan mangsa bermula dengan si ibu kemudian diikuti seorang anaknya yang berstatus janda sebelum seorang lagi anaknya, seorang gadis yang berumur 13 tahun.

Tribunnews.com pada 18 Mei 2021 dipetik berkata, kejahatan bomoh itu begitu ketara apabila dia mengambil kesempatan dengan menyentuh alat sulit gadis di bawah umur itu semasa memandikannya.  Akibat perbuatan ganas bomoh berkenaan menyebabkan alat sulit mangsa mengalami kesakitan.

Selepas kejadian itu, manga-mangsa terbabit mengadu tentang perbuatan bomoh itu kepada ibu mereka yang turut menjadi mangsa pencabulan bomoh berkenaan lalu ketiga-tiga wanita itu membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 selepas merasa diri mereka tertipu


BARANGAN yang dirampas dari bomoh berusia 61 tahun sebagai bahan bukti.- Kredit Foto: Tribunnews.com


Ketua Polis Daerah Telukbetung Selatan, Kompol (Komisioner Polis) Hari Budianto berkata, polis telah menangkap suspek berkenaan di rumahnya atas tuduhan mencabul.

Menurut beliau, polis juga merampas gayung, minyak dalam botol, pakaian dan baju dalam mangsa terbabit sebagai bahan bukti.

Hari Budianto memberitahu, hasil siasatannya, bomoh terbabit juga mengaku perbuatan kepada mangsa itu kerana dia terpikat dengan tubuh badan abak beranak itu.

Suspek mendakwa perbuatannya tidak salah kerana dia telah meminta izin terlebih dahulu dengan mangsa sebelum menyentuh tubuh badan mangsa terbabit.

``Bomoh itu akan didakwa memperkosa gadis di bawah umur di bawah pasal 82  Undang-Undang Republik Indonesia (RI) 17 tahun 2016 yang membawa hukuman penjara sekurang-kurangnya lima tahun.

``Polis tidak menolak ada lagi wanita-wanita lain yang menjadi mangsa bomoh tersebut tetapi mereka tidak melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis,’’ kata Hari Budianto. - KitaReporters


Kredit foto: IDN Times Lampung

4
2
2
3
4

Copy Link: